Assalamualaikum. Hi peeps.
1st day di hospital.
Sepanjang malam kakak menangis sebab sakit dan sebab Mama tiada. Bila Akinya tanya dia tak menjawab. Faham sangat. Aku tak pernah nak manjakan sangat anak-anak aku, tapi bila sakit memang aku tak marah anak-anak. Even though aku ni memang cepat naik darah orangnya. Aku tinggalkan kakak pukul 12.30malam dekat emergency dengan ayah aku. Abah suruh aku balik sebab Hafizee dah mengantuk, nak lena dah. Hanisah dah merengek-rengek nak tidur tapi payah dekat lobi sana. Mujur ada biras aku yang tengah cuti sekolah time ni, Allah Maha Kaya. Hanisah payah jugak nak comfortable dengan orang yang tak biasa. Tapi tu lah kan, Allah mudahkan segalanya buat aku masa ni. Walaupun Hafizee still tak berapa sihat lagi.
Aku bekejar balik ke rumah mak cik aku dekat area Setia Jasa sana. Mak cik aku ni pangkat Mak Tam dengan aku, adik kepada mak aku, kerja cikgu. Kebetulan sangat dia baru je balik dari lawatan sekolah husband dia dalam pukul 12 tengah malam tu. Sebaik saja kitorang sampai rumah mak tam, mak tam dah siap bentangkan toto, letakan bantal bagai. Allah, terharu betul aku. Dia siap pesan, kalau nak tidur dalam bilik masuk je bilik sebelah bilik dia tu. Aku dah penat sangat landing kan Hanisah yang dah memang terlelap atas riba mak dan terus landing. Pejam punya pejam tak tidur-tidur. Susah hati punya pasal. Aku duduk la termenung dalam gelap sampai dekat pukul 3. Dok la terbayangkan kakak dekat sana.
2nd day di hospital.
Aku tinggalkan Hanisah lepas aku dah siap mandikan dan susukan dia dekat mak tam dan mak aku. Aku lari pergi kepada kakak pagi tu. Sesampai je aku dekat wad, kakak terbaring, tak tidur pandang aku.
"Mama, kenapa datang lambat"
Aduhai anak, sebak mama ni ha. Segar dia bila aku sampai. Aku tengok dia makan, bawak gi toilet dan berborak sikit. Dia masih mengadu sakit. Ya, aku tahu sakit sangat. Aku pun tak dapat nak bayangkan. Sedangkan aku kena pisau sikit pon pedihnya bertahan 2,3 hari lamanya. Ini pula tersiat dengan dagingnya sekali. Aku belek bandage di kaki kakak. Masih bersisa darah setalah ditukar buat kali ke 2. Aku ngeri dan nyeri. Membayangkan sahaja sudah cukup sakit. Inikan si empunya badan.
Tak lama selepas aku sampai, 2 orang nurse datang untuk ambil kakak, untuk di bawa ke bilik bedah bagi tujuan mencuci luka. Luka di kaki kakak di katakan doktor sebesar tapak tangan. Mujur besar adalah tiada tulang belulang yang patah mahupun retak, tiada tendon yang terputus dan seumpamanya. Satu kelegaan disitu. Aku dan abah mengiringi kakak ke bilik bedah. Menangis-nangis kakak sambil menggigil ketakutan.
"Jangan takut, mama ada. Aki ada. Doktor nak cuci luka kakak, doktor taknak ada kuman. Doktor taknak luka kakak ada infection. Nanti lagi sakit."
Tersedu-sedu dia menahan takut. Apalah sangat yang budak 6 tahun tahu. Melihatkan doktor sahaja dia sudah cukup ngeri. Diluar bilik bedah, aku diberikan penerangan ringkas oleh pakar bius tentang prosedur yang akan mereka ambil nanti. Aku hanya anggukkan kepala sahaja tentang risiko risiko yang ada. Mahu atau tak, tetap kena buat. Cuma kita hanya mampu doakan yang terbaik dan dijauhkan dari segala kesulitan.
Aku temankan kakak sampai ke dalam bilik bedah. Pakar bius berusaha alih perhatian kakak supaya tidak menangis dan tenang-tenang sahaja. Dia suruh kakak baca segala surah-surah yang kakak dah hafal sepanjang kakak di sekolah. Masuk ayat ke tiga surah Al-mulk kakak terus tak sedar dan aku pun keluar, menunggu di bilik penunggu. Lebih kurang dalam 30 minit kemudian operation kakak selesai.
|
After minor operation |
|
Aku dihampiri seorang doktor lelaki, namanya Doktor Amir.
" Puan, saya doktor Amir yang mencuci luka Humaira tadi. Ok, macam ni puan. Luka dia besar, lebih kurang separuh tapak tangan saya ni. Nampak tendon. Tapi tak ada tendon yang terkena. Cuma luka dia exposed terlalu besar dan kulit dia pada bahagian tu mati. Jadi kami buang kulit dia tu. So nanti kita tengok macam mana. Kalau kulit baru tak timbul nanti kita akan suggestkan untuk tampal kulit lain la dekat luka dia tu."
Aku angguk tanda faham semuanya.
"So, kalau recovery dia ni ambil masa berapa lama biasanya."
Doktor Amir terdiam sejenak dan menambah lagi.
"Kalau orang dewasa normal luka macam ni akan ambil masa dalam 3 bulan untuk pulih sepenuhnya. Biasa kanak-kanak akan ambil masa yang kejab berbanding dengan orang tua. Tapi more or less saya bagi masa dalam 3 bulan."
Aduh lama betul. 3 bulan lagi. Termenung kejab aku.
#bersambung lagi ya...