Assalamualaikum & hi semua.
Hari ni lambat update belog.
Ingatkan nak update pagi-pagi lepas sahur tadi, tapi kepala ni berpusing-pusing macam gasing da..
Agaknya sebab dah lama sangat tak pergi jumpa doktor dan tak buat cleaning.
Kalau tak silap, bulan ni ada PTA test jugak kat HKL.
Tapi tak pergi la kot..harus lah ditunda tarikhnya tu.
Adoii..dah la nak buat appointment baru kat HKL tu sikit punye susah.
Sabo je la.
Umat pesakitnya teramat la ramai berjuta-juta lemon ok.
Menunggu je dah sekian lamanya.
Jumpa pakar sekejab je.
*mujurlah berbaloi-baloi jumpa pakar kat situ-tak menyakitkan hati macamdekat sesetengah hospital kerajaan yang lain tu*
Hubby still kat New Orlean lagi. *kalau tak silap la*
Hmm..kesian dia.
Rindu dekat anak dara die yang sorang ni.
*takpe papa, mama update semuaaa pasal saya kat sini*
Ok.
Terbaru, Maira dah pergi cucuk kat klinik.
Setelah penat bergusti dengan cik puan misi, maira dah kena cucuk imunisasi kali ke4.
Berat terbaru Maira setakat ni cuma 6.1kg. *cuma naik 300g jer*
Panjang badan..eh, makin pendek la pa.. kenapa bole makin pendek ni?
Ai pon confused dengan nurse tu.
Dia yang salah tulis ke ape, ai pon x sure.
Last month panjang maira dah 61cm, tapi ukur semalam jadi 60 cm semula.
Eh..ajaib. boleh jadi kontot semula.
*mama confuse???*
Setakat umur 5bulan ni, cik kenit Maira sudah boleh...
1. Meniarap- bergolek-golek seperti ayam golek. lagi-lagi bila diletakkan di atas lantai. Baru tau amek gear reverse setakat ni. *reverse dengan lajunye ok.*
2. Sudah pandai gelak-gelak terkekeh-kekeh bila orang main cak-cak dengan dia.
.camni la muke dia ketawa tu.
3. Sudah pandai genggam barang, pastu sua masuk mulut. *nak rasa juga, pegang je tak puas hati*
.cer tengok-cer tengok.
4. Sangat suka main air liur. Meleleh-leleh sampai penuh atas tilam. *sampai kadang-kadang mama pon geli*
5. Suka menjerit-jerit bila lampin basah. *Maira pakai pampers waktu malam je, siang pakai lampin biasa* Selagi mama tak tukar, selagi tu lah dia menjerit. Kalau mama buat tak tau, maira sambung jadi tangisan nyaring pulak.
6. Sudah mula mandi air sejuk waktu petang. Hehehe. seronok tengok die mandi air sejuk tau. Nanti abang balik, boleh tengok ye..
7. Badan maira sudah tegap. Sudah senang dipegang-dilambung-lambung, ditimang-timang.
8. Agak boleh berhadapan dengan orang lain selain orang dalam rumah ni. takde lah macam dulu-dulu kalau nampak orang tak kenal terus nak menangis.
9. Suka naik kereta gi jalan-jalan.
10. Dah pandai buat muka malu-malu kucen.
.innocent neh.
11. Suka dengar mama baca zikir & al quran. *anak solehah momma ni, Alhamdulillah*
.ini dia anak solehah mama & papa.
12. Suka kepat buah-buahan esp kismis & kurma. Yummeh! Maira sukeeee~ ^___^
13. Maira dah boleh bertolak-ansur dengan stroller. Dah boleh naik stroller gi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah.
Tu je lah kot setakat ni. Next month nanti ai tambah lagi untuk papa maira ye.. :)

No comments:
Post a Comment