Assalamualaikum & hai semua
.
hehee..
.mama, maira cekci kan? hihihii.
Resepi bihun sup adalah ditibai-hentam dan cincai handmade cik puan mama humaira. kalau rasa nak merasa boleh cuba. Resepi diolah sendiri berdasarkan masakan my MIL dan bonda serta mengikut bahan-bahan sedia ada dalam peti sejuk. Tak kuasa la nak keluar cari bahan. Muahaha. Ok, layan jomz~
Bahan:
Bihun *saya buat sikit je-cukup untuk 2-3orang makan aje*1/2 ekor ayam *kalau dapat semua bahagian tulang is terbaekkk*
1 sup bunjut
2-3 inci halia-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
2 biji bawang merah-dihiris
1 sudu kecil lada hitam-ditumbuk
sekuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
sedikit kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 biji kentang- dipotong sedang
1 batang lobak merah-dipotong sedang
Air secukupnya
Garam
cara:
Bihun direndam dalam air panas sehingga lembut. Tos dan ketepikan.Masukkan ayam kedalam periuk bersama-sama dengan halia. Letakkan air 3/4 periuk.
Setelah menggelegak, masukkan sup bunjut.
Rebus sehinnga air hampir kering.
Apabila air hampir kering, tambahkan air. Ikut banyak mana sup yang anda mahukan.
Setelah air menggelegak, masukkan kentang dan juga lobak.
Dalam kuali lain, tumiskan bawang putih, bawang merah, rempah 4 sekawan sehingga kekuningan dan harum.
Kemudian tuangkan kedalam sup yang menggelegak tadi.
Perasakan dengan garam.
Padamkan api.
Sendukkan sup ke dalam bekas berisi bihun.
Hias dengan daun sup dan daun bawang jika suka.
Dah siap. Ok.boleh mamam sekarang.
.nak pedas, boleh tambah sambal kicap.meletop uols.
No comments:
Post a Comment