Assalamualaikum & hai semua.
Hari ni aku belek-belek surat khabar Sinar Harian. Jumpe lah mende alah ni.
>>>> Sila klik SINI.
(tak boleh letak gambo pulak dah.)
Serius cakap la kan. Si reporter ni sengal or ape aku pon tak tahu nak cakap. Buat ape la engkau pegi tanye retis buat ape? cer gi tanya mufti ke..tanye la ilmuwan islam..ni tanya retis..yang aurat pon dok terbukak sana sini..yang semayang pon kita tak tau die semayang ke dop..
Cube korang tengok kenyataan yang retis-retis ni buat. Mak aih..malu dowh aku baca. Macam orang tak belajar agama. Cer tengok statement si Enot tu. Berani sungguh dia cakap macam tu. Tah mane dia belajar agama islam aku tak tau.
Kita ni kena balik pada fitrah kita. Kita semua ni Allah yang ciptakan. Jadi Allah lebih tahu apa yang kita perlukan, dan apa yang patut untuk kita lakukan. Sebab Sang Pencipta adalah Maha Mengetahui. Tak payah la kau nak komen kalau ilmu di dada takde la tinggi mane. Aku bukan nak cakap aku baik ke apa kan. At least, jangan komen macam tu. Ingat, lidah ni senjata paling bahaya. Salah cakap, boleh jatuh kafir hukumnya tahu!
Hudud memang nampak kejam. Memang nampak keras. Kenapa? Allah cipta peraturan macam ni bersebab. Kalau nak tau, kena belajar. Bukan men tenyeh ikut logik akal. Bukak Al Quran, baca, Faham. Kalau tak faham jugak, tanya ustaz, tanya orang-orang yang berilmu pasal Al quran..Ni tak. Men hentam ikut perasaan je.
Korang ingat dalam hukum hudud ni senang ke orang nak disabitkan kesalahan? SUSAH! susah tau satu-satu manusia tu nak disabitkan kesalahan. Jangan ingat korang mengaku pastu terus boleh jatuh hukum? Tak sesenang macam tu. Apa-apa ke kesalahan dalam hudud ni, kena kemukakan saksi. Saksi dengan mata kepala sendiri. Paling kurang 4 orang saksi lelaki. Saksi pulak ada ciri-ciri dia pulak. Ingat senang ke nak jadi saksi dalam perlaksanaan hukum hudud? Tak senang! Sebab tu, kalau nak bercakap tu, biarlah dengan ilmu didada. Jangan cakap macam nak pergi berjimba-jimba. Tak tahu, jangan cakap apa-apa.
Hidup kita ni sebagai Muslim, Nabi Muhammad SAW dah pesan, berpegang la kamu pada 2 perkara iaitu Al Quran dan Al Hadis. Kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang pada kedua-duanya.
Kan pepatah melayu ada cakap; kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
No comments:
Post a Comment