our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, February 10, 2012

Trip to Northern Region - Part 1


Assalamualaikum wrt & hi peeps!! 


Wallah..lamanye la tak menulis kat sini. Buzy la kan kononnya. Haktuih. keh-keh-keh. Sebenarnya malas je nak update belog ni. Huhuhu. Gini la kekdahnya bila hubby balik. Kemalasan berganda gitu. 


Ok la. Nak cerita perkara dah basi plus masam ni. Trip ni last month sebenarnya. Kan dah cakap perkara basi plus masam. Hahaha. Hubby bersungguh-sungguh nak pergi bercuti kali ni. Aku ngikut aje. Mula-mula tu takde la excited mana kan. Bila dah sampai tetiba jadi excited semacam. Sampai demam. 


Holiday destination adalah northern region. Merangkumi Perlis - Kedah -Penang dan Perak. Terbaik bhai. Thanks to mr driver sepenuh masa kerana memandu sepanjang perjalanan. Eh, tanya lagi sape driver. Hubby ai la. Takkan ai nak pinjam hubby orang lain plak. Ade sat gi kena peluku plak kepala ni. 





Perjalanan start hari ahad petang, 29hb. Terus ke Kuala Lumpur. Tapi on the way destinasi bertukar. Kami ke R&R Genting Sempah. Jumpa cik duan laki bini kat sana. Oh, lupa. Kami bercuti 2 keluarga. Duan ni orang kapal jugak. Satu batch dengan hubby masa dekat ALAM dulu. Teman sehati sejiwa ni. kui-kui-kui.



Hentian tak ingat kat mana. Time ni driver hak baju kuning ni dah ngantuk.

Kami sampai ke Kangar lebih kurang pukul 4 pagi. Mengantuk nak mampos. Sebab aku pon tak boleh tidur. Badan tetiba rasa seram sejuk je. Macam nak demam. Humaira pulak time ni baru bangiun tidur. Sedap la dia sebab dah tidur sepanjang jalan. Dah tak mengantuk lagi. Sampai je dekat Kangar, kami terus cari hotel nak buat tempat tidur sampai hari siang.


Hambik kau. Tidur la dekat hotel pertama kami jumpa. Hotel Malaysia. Keadaan hotel agak daif. Maklum saje la kan. Nama pon hotel budget. Lantak, janji dapat tidur kejab. Tapi Maira pulak dah tak boleh tidur. Di bantainya mengamuk sampai pukul 6 pagi. Aku hangin sungguh la. Kepala aku dah ting tong. Dia buat hal pulak dah. Tidur sampai pukul 9, bangun-bangun je tak boleh bangun. Sakit kepala. Demam. Hancuss sungguh la.


Lebih kurang dalam pukul 12 tengahari kami checkout dari hotel dan menuju ke Jeti Kuala Perlis. Sebelum beratur beli tiket feri ke Langkawi, kami pergi lunch dulu. Lunch makan laksa aje. Nak pusing lebih-lebih dah malas. Pukul 1.30 petang naik feri ke Langkawi. Langkawi adalah matlamat utama percutian ni ok. Hihi.


Sampai dekat Langkawi sewa kereta. Rate sewa dekat sini much cheaper la compared dengan KL. Dah namanye pon pusat peranginan kan? Kalau letak memahal karang sape nak sewa kete ko? Seriously memang ramai ulat-ulat kete sewa yang usha kami sebaik je turun dari feri. Maklumla bawak beg kemain besar. Hahaha.


Disebabkan kami 2 keluarga, sewa 1 kereta je. Kami ambil MPV. Toyota Rush.  Rm 240 selama 3 hari. Ok tak sewa dia? Ok la kan? Kereta dia pon dah ala-ala kaput sudah. Gambar takde pulak. Sampai Langkawi kami pegi makan dulu. Tapi disebabkan nak jimat, makan dekat gerai-gerai tepi jalan je. Jimaaattt. Rasa pon ok la. So-so gitu.





Lepas je makan, kami cari hotel. Disebabkan si tukang sewa kereta tu cakap dekat Pantai Cenang view dia lawa makanya, ke Pantai Cenang la kami. Memang pack giler la kat Pantai Cenang ni. Foreigner ramai gile kot buat sun bath. Aku pulak nak pengsan tengok dorang. Mencuci mata sungguh.


Nak cari hotel pon satu hal jugak. Sebab mostly hotel dah penuh. dan mahal. Kami nak duduk 3 hari, tak berbaloi la cari hak mahal-mahal sangat. Perjalanan panjang lagi plak tu. Pusing-pusing dapat la duduk dekat hotel yang view dia mengadap laut. Harga semalam depends on room jugak la. Room yang kami duduk tu rege dia Rm140 per nite. Mahal la jugak kan. Kira selesa la. Ada air-cond, heater, peti ais semua. Katil pon king saiz. Ok la kan?



Cer tengok muka maira tu.Hahaha. Dia nak main pasir.

Lepas je dapat bilik solat bagai, pastu hubby, duan and sal pegi mandi laut. Aku tengok je la. Aku fobia dowh dengan laut. Dah 2 kali nyaris lemas. Almaklum la tak reti berenang. Hahahahaaaaa..
Alah, korang pon macam la pandai sangat berenang kan?? ;p


The happiest person is si kenit itu.


Ok, ni baru part 1, nanti aku sambung lagi. Banyakkk lagi cerita pasal holiday ni. Hihihiii...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...