Assalamalaikum wrt & hi peeps.
Normally kalau hubby ada akan bersiaran lansung dari lappy dia. So, hari ni tanpa srott srett sroott srettt *belum lagi walau dah hampir-hampir dah tadi sebenarnya* bersiaran dari lappy antikku yang tidak akan didapati dari mana-mana market sekalipun. Cheeewaahh..kelas gitu. Hahahaaaa. Tetiba ketawa psiko.
Yup. Betul la tekaan korang tu. Hubby dah off to Mentakab tengahari tadi. Esok pepagi tak berapa buta kena pegi office buat medical check up dan so on. Procedure biasa nak sign on kapal la kan. Oh ye. Kali ni incik Mohd Mazlan saya sign on Melati 7. Janda lama katanye. And most probably this will be his last ship with MISC. Suamiku sudah berpatah arang berkerat rotan dengan MISC kerana .... *sebab musabab adalah dirahsiakan demi menjaga aib pihak terbabit* aisheeeeehhhhh..ayatt aku. keh-keh-keh.
Entah kenapa la hati ni sayuuu je. Masuk bilik biasa ada hubby dok melangok main farmville petang-petang camni. Ni alahaiii sunyinye la rasa. Tetiba kan? Macam la sebelum sebelum ni tak pernah kena tinggal. Melodramatik sungguh aku ni. Tapi serius sunyiii je rasa. Rindu pulak dah. Padahal baru je berapa jam kena tinggal. Agak-agaknya kalau aku hantar sampai Port Klang mau tetiba air laut pasang kan?
Maira macam mane? Hmmm..anak aku tu kalau dengan Papa die sangat la bertime nak kan papa. Tadi masa papa dia nak bertolak die buat derrkkk je. Cess aje aku tengok. Aku nak ikut kang melalak pulak dia nak ngikut. Anak sape la ni.
Kenapa aku tak ikut hubby gi KL? Hubby cakap susah ada budak kecik ni. Actually susah sebab aku ni bukan la mahir nak bawak kereta area KL sanun. Dan hubby tak bagi aku ngan maira naik bas. Susah nanti kalau si kenit terkucil-terbusar dalam bas kang. Lama jugak tu dari KL nak ke sini. Maklum saje la..Anak ai punya sound kuat. Kalah microfon orang buat azan. Huhuhuu..
Ok la. sampai sini dulu la ye. Aku tak berapa ade mood nak taip lagi panjang. Sebab rasanya dah panjang dah ni. Haha. Ok. Abang, jangan lupa baca entry ni tau. I already miss u. Sayang tengok jam sekarang ni baru pukul 6.30 petang. T_T Ade lagi 6 bulan plus-plus...
No comments:
Post a Comment