Tuesday, May 29, 2012
JAUH.LUPA.BERKAT.KEMBALI
Lama benar tak update blog ni. Rindu nak menulis. Hati takde dekat sini. Fikiran kusut. Jadi ada banyak aktiviti online terabai. Yang tak terabai hanya lah rutin harian biasa. PGK tengah buat gathering dekat Tambun kan. Bestnye la diorang kan. Aku ni nak join mende-mende macam tu bukan tak mau. Buatnya jauh sangat. Nak drive jejauh bukan berani sangat. Nak naik bas nanti susah plak nak bawak baby. Hmm..tengok orang happy pon kita boleh jadi happy sebenarnya. :)
Tentang JAUH. Jauh jarak, jauh hati. Atau jauh jarak, dekat di hati. Both can happen actually. Lagi pulak bila duduk berjauhan macam ni kan. Jarang-jarang contact. Sesekali akan ada rasa jauh di hati. Sudah la jaraknya jauh. Connection pulak kurang kan. Aku tak tau la orang lain, tapi ini la aku rasa. Menipu kalau aku cakap lansung takde rasa jauh di hati. Bukan jauh hati. Rasa macam telepati tu kurang. Rasa macam ada saat hambar, rasa kosong. Rasa our patner is not here, but there. Jauh.
Bila sampai saat macam ni. Aku biasanya akan duduk berteleku sensorang, dan menangis. Ada rasa di sudut hati. LUPAkah aku pada DIA? Sebab tu aku rasa jauh dengan orang yang aku sayang. Aku mula perasan. Aku semakin melupai DIA. Si Pencinta Hakiki yang memiliki semua cinta di atas bumi. Allah mahu aku sedar. Sedar yang aku sedang lalai. Lalai mengingati DIA, sang pemilik cinta. Maka, disebabkan hubungan aku dengan DIA renggang, DIA bagi aku rasa ini. Perasaan jauh. Perasaan hubungan dengan sesama manusia seakan kosong juga, hambar, dan hilang. Sesungguhnya hambaNYA ini sedang terLUPA.
Kadang-kadang aku berfikir, adakah ini penyebabnya kehidupan kita kekurangan keBERKATAN? Kerana kita seorang insan. Insan yang mudah terlupa. Jadi Allah turunkan kita UJIAN buat kita kembali semula kesisiNYA. Ya Allah, Maha Penyayang sungguh DIA. Kita melupakanNYA, namun DIA mengingatkan kita semula. Subhanallah. Aku mahu cinta manusia yang sementara ini diiringi dengan cintaNYA yang kekal abadi. Agar aku sentiasa sedar. Sedar yang aku ini insan yang tak sempurna. Si pembuat dosa. Aku mahu cinta ini di BERKATI sepanjang perjalanannya menuju ilahi. Ya, perjalanan ini baru sahaja bermula.
Ranjau dan onaknya baru sahaja menjengah. Moga si Empunya Cinta Hakiki memBERKATI kehidupan kami.
Aku mahu KEMBALI. Kembali ke pangkuan si empunya cinta. Agar hidup aku, cinta aku, semuanya diBERKATI. Usia yang panjang bukan tanda barakah. Barakah itu kita harus mencarinya. Cari ia di sisi ujian-ujian yang diberi. Seperti ini. Seperti kejauhan ini. Aku mahu ia menjadi pemangkin aku untuk terus cekal mencari REDHA ilahi. Semoga perjalanan kehidupan yang baru hendak bertatih ini di BERKATI si DIA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cara pembayaran bank in/bnk transfer
Mb acc=151071107847 (Nor Hasimah Binti bd Rahman)
atau
Cimb acc=02170014091526 (Mohd zool fazlee basir)
Penghantaran barang = Poslaju (1-2 hari bekerja) ~ tracking number akan diberi selepas penghantaran
Untuk penghantaran, mohon sertakan no.telefon alamat penuh beserta poskod
Post a Comment