Assalamualaium & hi semua.
Tajuk entry kemain.
Entry berunsurkan iklan dan juga nasihat. Eh?
hehe.
Meh kita buat review sikit ek?
dalam entry INI saya ada cerita saya mencari Cloth Diaper (CD) kan?
so..beberapa lama jugak la saya mencari CD yang agak boleh dikira-kira harganya.
Kebetulan 2-3 hari lalu ada iklan pasal CD dari satu kedai ini.
kemain tak nyempat-nyempat terus rembat.
eh, kan dah kata lama cari kan?
jumpa hak murah rembat terus lah.
.ade tangan comel cube meragut CD itu.
Disebabkan mende alah ni baru hari ni sampai ke tangan beta ye..
masih belum bereksperimen lagi dengan sewajarnya.
nanti dah siap eksperimen baru kasi tau hasilnya.
kalau nak eksperimen tu lama la sikit yek..
tah sebulan dua jugak agaknya.
hihihii.
.ni insert jenis bamboo punyer.
.ni insert jenis biasa punye.
untuk korang-momma-momma sekalian yang masih menggunankan disposal diaper.
korang amatlah digalak mencuba CD ni pada anak anda sekalian.
sebabnya?
1. JIMAT - ok. satu CD paling murah kita boleh beli dengan rege RM18-RM20. *ni paling murah. kalau nak yang mahal lagi, bersepah-sepah kat pasaran.* tapi kita boleh gunakan berulang-ulang kali. sampai turun temurun ok. tahun ni pakai kat anak sulung, tahun depan kot-kot beranak lagi satu. boleh sarung lagi. selagi mende alah ni tak rosak. kalau rosak boleh jahit. kata tukang jahit pro.haha. kalau korang pakai disposal diaper? tak ke rabak poket mak? sebulan dah ratus-ratus. tu kalau anak sorang. kalau 2-3 orang? tak ke pengsan bayar pampers je? lain cakap kalau engkau memang jutawan.
2. MESRA ALAM - yup. mende alah hak omputeh panggil CD ni memang mesra alam kekdahnya ye kengkawan. Cuba anda bayangkan disposal diaper (DD) sebenarnya mengambil masa sehingga 200-300 tahun untuk luput sepenuhnya. Cuba bayangkan timbunan DD yang melambak-lambak sebab tak dapat luput dengan jayanya. Oh nehi-nehi-nehi! tinggalkanlah alam sekitar yang sihat untuk generasi anak cucu cicit anda di masa depan.We love nature! peace!
3. MELATIH ANAK CEPAT KE JAMBAN - tu dia. ni adalah salah satu sebab kenapa korang harus membeli CD. Pemakaian CD pada bayi anda akan melatih die untuk ke tandas lebih cepat berbanding bayi yang memakai DD. sebab apa? sebab bila baby pakai CD, CD akan basah, dan baby akan mudah rasa tak selesa. Bila tak selesa jawapannya apa? tandas la mak! hahaha. tapi kalau pakai DD tidak. baby tak rasa basah. kering je manjang even pampers tu dah berat lebih dari sekilo. huhuhu. ada rasa nak ke tandas? sorry la mak, ai nak main barbie doll dulu.
4. BAIK UNTUK KULIT BAYI - yes! penyelesaian buat mereka-mereka yang mempunyai bayi yang berkulit sensitif terhadap bahan kimia. Maira also one of them. Pada baby yang ada ekzema tu memang pemakaian CD sangat -sangat disyorkan. Insyaallah,kulit anak tak meragam yang melampau-lampau. Bukan apa, kebanyakan DD ni ada bahan kimia yang kulit baby tak boleh nak adapt.sebab tu la ruam lampin mudah naik. Berbeza produk DD, berbeza jugaklah bahan kimia di dalamnya.
.model CD moo.comelkan? keh-keh-keh.
Ok. ni antara sebab-sebab kenapa kita semua digalakan memakaikan anak kita dengan lampin kain. hehe. Saya memang suka tengok CD ni. comel-comel tau corak dia. geram nak beli semua.hehehee. tapi kena la rajin sikit membasuhnya ye. Alah, masuk mesin je pon. macam la korang rajin sangat nak sental pakai tangan ye dok? ;p
Ok, tata~
No comments:
Post a Comment