our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, September 21, 2011

Jangan cuba. Jangan cuba. dan Jangan cuba.



Assalamualaikum dan hai semua.


Jangan cuba ape tu? Suprised dak? hihii~


Ok la. Hari ni hari mengenang seorang sahabat yang dah lama sangat tak bertemu. Rindu sebenarnya. Sahabat di bangku sekolah. Susah senang bersama. Banyak susah dari senangnya kot? Cerita sudah lama. Saja nak berkongsi dengan sesiapa yang sudi singgah, dan membaca entry-entry saya selama ni.






Dalam perhubungan cinta atau lebih kepada ikatan perkahwinan sebenarnya. Tidak kira baik lelaki ataupun perempuan, kita kenalah jujur. Jujur merujuk kepada jujur kepada pasangan dan lebih banyak merujuk kepada diri sendiri. Ya. Sila jujur pada diri sendiri dalam hubungan anda. Jangan sesekali cuba untuk test market. Konon-konon nak tau la diri tu laku ke tak kan? Saje je la kat fesbuk, kat friedster or mane-ane laman sosial letak status tu bujang, available and bla bla bla. Well yes, bukan lelaki je buat mende alah tak senonoh ni. Pompuan pon bersepah jangan tak tau ye.



Dulu pernah masa dekat matrik, saya punya fello a.k.a warden hostel buat ceramah pasal lelaki. Bukan apa bercerita berdasarkan pengalaman. Orang dah lama hidup ni dah banyak tengok gelagat orang kan. Dia selalu tekankan pada kitorang.



"Do not involve yourself with someone else husband."



Dia dah tengok jerit perih sahabat dia berkawan dengan suami orang. Teruk la kot. Masa tu kan saya ni kan muda belia lagi. Fresh dari sekolah. Dok kat kawasan luar bandar pulak tu. Takde nak ambil pusing sangat la pasal ni semua. Tapi tu dulu. Sekarang dah lain. Dunia sekarang tak macam dulu lagi.



Sekarang ni orang perempuan muda belia dah tak kisah berkawan atau dalam erti kata lainnya bercinta dengan suami orang. Kata diorang lagi, suami orang ni lebih romantik. Lebih bertanggungjawab. Lebih caring. Pendek kata semua lebih la dari lelaki bujang. Alah, kalau dah suka tu, kentut pon jadi wangi ye tak?



Lagi pulak si lelaki ni memang tengah buat survey market. Pergh.sambil-sambil melelong cerita konon-kononnya rumahtangga tak bahagia sebab selalu bergaduh laki bini la. Pastu ada hak berani mati lagi terus mengaku duda. Cis..bini dok hidup sihat walafiat dikatakan mati. Kalau dapat tau dak bini die tak meletup perang dunia ke3 nanti?



Tu bab si lelaki. Hak perempuan pulak ade yang sengal pergi percaya. Adeii la. Kekadang rasa cam sesia je mak bapak anta pergi belaja tinggi-tinggi. Bila sampai bab laki je terus percaya mati-mati. Ape je laki cakap semua die gi percaya. Tolong-tolong la siasat dik oii.. Boleh dikira dengan jari berapa ramai lelaki yang stabil kewangannya bujang trang tang-tang. Paling tidak tunang orang. Tak payah la sibuk nak merampas hak orang. Nanti satu hari orang rampas balik hak awak tu. Jadi setiap tindakan kita kena beringat. Apa kesannya dikemudian hari.







Eh, panjang pulak saya membebel. Berbalik pada sahabat saya ni. Bertahun tak jumpa, kami berbual secara maya je la. Nak call kang mahal sangat nak borak lama-lama. Hehehe.. Akhirnya terkeluarlah cerita cinta.



Teman saya mengaku die bercinta dengan suami orang. Saya terkedu. i've never ever imagine that dia boleh sangkut dengan husband orang! Si lelaki ni cakap dia nak bercerai dengan bini dia. Duduk serumah tapi kerap sangat bergaduh. Asal balik je bergaduh. Asal bergaduh je balik. Eh? Belasahhh.


Soalan saya pada teman ni senang je. 


Awak sayang dia ke?


Teman saya jawab.


"Saya sayang die, Azri. tak pernah saya sayang orang macam saya sayang dia."


Hmm..saya tanya lagi. Dia dah ada anak ke?



Ya. Ada 3 orang.



Saya diam. 3 orang ok. 3 orang. 3 orang anak yang perlukan perhatian ibu dan ayah mereka. Yang bongsu baru berusia 2 tahun kalau tak silap saya pada masa itu.


Sahabat saya menyambung lagi.



Isteri dia pernah serang saya. Cakap kenapa ganggu suami dia. Isteri dia ajak saya berjumpa. Lelaki dah cakap nak ceraikan dia. Saya percaya dan kami bertemu 3 mata. Isteri dia bawak ketiga-tiga anak mereka. comel-comel azri. Isteri dia suruh lelaki memilih antara kami berdua. Tapi si lelaki diam saje sambil pegang anak bongsu mereka. Saya kalah azri. Si lelaki pilih isteri dia.



Mungkin ada tangisan disitu. cuma saya tidak nampak. Ya, sahabat saya menangis. saya tahu. Saya kenal benar dia. Sensitif benar orangnya, terutama apabila melibatkan orang yang dia sayang-termasuklah saya. Mudah sahaja air matanya menitis. Saya nasihatkan dia.



Sabarlah.dia tidak layak untuk awak tangisi. Tempat awak bukan disisi dia. Nampak bukan dia menipu selama ini? dimana dia tidak bahagia kalau sudah hadir 3 cahaya mata? Jangan jadi bodoh. dia milik orang lain. Lupakan dia. Awak berhak dapat yang lebih baik. Ramai lagi lelaki baik diluar sana.



Tapi saya sayangkan dia...dia baik azri..


Awak..dia milik orang lain. Tergamakkah awak merampas ayah kepada 3 orang anak itu? Biarlah die dengan keluarga dia.



Sahabat saya diam. Saya tahu dia setuju dengan kata-kata saya.


Cubalah lupakan dia.



susah azri. dia selalu ada depan mata saya. Kami sepejabat. Mana saya pergi dia selalu ada. Saya bingung. Saya tak tahu nak buat macammana lagi.



Awak, kembali semula pada Ilahi. Rapatkan diri dengan Dia. Dia akan mengubati luka awak,Kalau boleh, tukar kerja ke tempat lain. Jangan bertemu dia lagi. Pasti dia akan mengharap kamu kembali kepada dia lagi. Lelaki....



Alhamdulillah. terkini saya dengar sahabat saya sudah berpindah tempat kerja, Entah dimana saya kurang pasti. Yang pasti lebih sibuk di tempat baru ini. Dan rasanya dia lebih bahagia kini. Syukur. Moga bahagia mengiringi dia. Amin.






Buat lelaki-lelaki dan juga wanita-wanita diluar sana yang telah berumahtangga. Jangan sesekali cuba test market. Sekali terjebak, payah nak berundur. Takut rumahtangga lebur. Anak-anak hancur.


Jaga hati pasangan kita. Jaga hati sendiri. Jaga batas pergaulan kita sehari-hari. InsyaAllah, Allah akan menjaga hati-hati kita semua. :)


notahati: berharap akan sentiasa jatuh cinta.lagi dan lagi. Dengan si dia yang bergelar suami.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...