Assalamualaikum wrt & hi peeps!
Mai-mai kita sambung cerita jengjalan cuci mata kami 2 family ni. Hihii.. Ok, sambung lagi dari Geo Park Langkawi tau. Kisah di cable car.
Humaira nak turun, haram la papa nak bagi kang jatuh sape susah?? |
Budak menangis pasal gayat. |
Picture atas ni sebenarnya takde kena mengena pon dengan kitorang. Masa kitorang reramai tengah layan mood jiwa-jiwa tengok view ala-ala lomentik dari atas bukit tu, ada la sorang budak perempuan (rujuk gambar) menjerit-jerit taknak turun. Lepas tu dia pegi bantai berguling-guling. Gayat maa.. Aku pon tak faham la apasal la mak dia suruh jugak dia naik cable car ni? Kesian pulak tengok dia berguling-guling tengah orang ramai tu. Si Duan ni pulak pegi snap gambar dia..ha..kan dah masuk blog aku.Keh-keh-keh.
Dekat cafe break untuk humaira mamam kek swiss roll. |
Syok betul Maira tengok orang mamam. Sila rujuk mulut dia. |
Turun dari cable car, kami beramai-ramai secara berjemaah kekebuluran. Hari dah pukul 1 petang dah. Terus cari kedai makan tepi jalan. Biasa kalau kedai makan tepi jalan yang ramai orang ni sedap la kan? Expectation based on view. Hahahaa. Rupanya ada foreigner makan dekat situ secara berjemaah. Nak kata sedap sangat tu takde la. Ok la.Yang mahal tu urusniaga dekat sini boleh buat dalam dollar kak. Gempak tak? Kedai makan cikai-cikai je kot. Makan ikan bakar dia pon perut cuci tak bersih. Huhuhu.. aku memang suka komplen. hahahaa.
Mr driver yang macho menjadi driver sepenuh masa sepanjang di Langkawi Island. Terima Kasih. |
Destinasi seterusnya adalah Padang Maksirat. Tapi disebabkan asyik sesat je, kami pergi la ke Makam Mahsuri dulu. Ada ape dekat Makam Mahsuri ni? Ada makam la. Lagi mau tanya kann??
Sebelum masuk tangkap gambar dulu. Maira tengah tidur tu. |
Pemain caklempong ni memang terbaik ok. Syok je dia ketuk lagi awan nano. 2 thumbs up. |
Sila abaikan orang yang jadi background itu.Hahahaa. |
Peralatan ketuk padi zaman dulu kala. Bapak atok dia berat nak mampos k. |
Dancing tango with Maira |
Masa ni hubby masuk tengok makam tu. Aku malas la nak masuk kan. Ada Maira ni. Kang tak pasal-pasal anak aku meracau malam karang bukannya la. Baik la aku tunggu dekat luar je.
Merak Jantan kembang setaman. |
Next destination adalah Datarang Lang. Time ni dah petang sangat dah. Humaira dah cranky nak tido. Tapi bila mama dia bawak je keluar kereta. Hati dia terus gumbira. Anak kita memang suka berjalan kan bangg??
Muka mama dia extra lebih. Headache sebenarnya time ni. |
Helang yang paling famous dekat Langkawi. |
Candid by hubby. |
Si kenit extra excited tengok kemain ramai budak kecik baya-baya dia dekat sini. |
Bye-bye helang, kami mau pulang. |
Mamaaaa...nak tengok lagiiii.... |
Tamat untuk 2nd day dekat Langkawi. 3rd day kami just pergi shopping dan terus shot pulang ke Jeti Kuala Perlis. Lepas tu, kami jalan-jalan pusing Perlis pulak. Ok, thats will be next entry la ye...hihii..
ni pon dah banyak beno gambornya. Janganla awok seme muntoh ijo yee..keh-keh-keh..
No comments:
Post a Comment