our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, February 17, 2012

Trip to Northern Region - Perlis Indera Kayangan (Part 4)


Assalamualaikum wrt & hi peeps! 


Sampai je dekat Jeti Kuala Perlis, para suami pegi amek kereta. Kami para isteri duduk menunggu la. Belum sempat para suami sampai, abang sepupu cik Sal dah sampai. We've planning to stay at homestay di Kuala Perlis.


Nak pergi homestay jauh jugak la dari jeti tu. But the homestay is really nice la. Dia macam bilik hotel je. Tapi rumah la.  Kira sewa ikut bilik. Dalam bilik yang kami duduk tu ada satu katil double dan satu katil single. Ada heater, air cond, kipas, toilet, dan tv. Huhu..memang terbaik la. Harga memang tak tau sebab abang sepupu cik Sal tak mau bagitau harga dia. Dia bayarkan. Gile betei. Kalau satu bilik je takpe la. Ni 2 bilik sekali. Adoi.. tetiba rasa menyusahkan je..


Esoknya, dalam pukul 9 lebih abang Syukur bawak kami jalan-jalan pusing keliling. Alang-alang dah sampai Perlis ni, takkan la tak pergi Padang Besar kan? Rugi wooo..


Penggunaan bahasa melayu yang canggih walaupun masih berada di Malaysia. Ingatkan dah sampai Indon tadi. Miahahahaa


Humaira nak nangis sebab tak bagi dia turun. Meh sini ciooom sikiiitt..hahaa


from left - Me, Duan, Sal, Kak Ella, Abang Syukur.

Masa kami sampai ni kedai-kedai dekat sini masih dalam mood CNY, habis belaka tutup. So tak berapa best di situ. So, abang syukur bawak kami ke Padang Besar, Thailand.





Mula-mula memang takut nak lepas kastam dekat situ. Maklum aje la, semua tak bawak passport ni, kang tak pasal-pasal jadi PATI dekat Thailand. Dekat kastam tu memang tak boleh ambil gambar. Apakan daya..huhuu~ 




Gambar bukti pernah sampai Thailand. Keh-keh-keh.

Muka kerek nak mampos macam nak bunuh orang je. Dah la pistol kat tangan.


Aku pon tak reti baca menatang haram ape tah dia tulis dekat pintu masuk mall ni.



Kenit yang excited dapat masuk dalam toys banyak2.


Ya, aku kembaliiiiii!!!


Secara jujurnya pendapat aku la kan, kalau pergi padang besar Perlis harga barang masih lagi mahal. Tapi kalau dah sampai Thailand punya Padang Besar..Harga dia memang murah giler kaw kaw punye. Aku tak tipu. Cumanya time pergi Thailand tu wallet kempis tak berapa nak kembang. Sila tahan napsu ye kawan-kawan.



Gaya seorang semi pro.Eh? heheheee..


Gua nenek kebayan.






Gambar dekat atas ni actually ada gambar nenek kebayan. Siapa dapat tengok nenek kebayan tu baguih betul la. Aku tengok berkali-kali jugak nampak batu. Tak faham. Abang Syukur cakap nenek kebayan tu kena sumpah jadi batu. Kalau naik dekat dalam gua tu macam-macam ade. Ada gajah batu dan lain-lain binatang batu. Aku mana la minat sangat bab batu-batan ni. Batu berlian aku suka la.


View dari bawah gua nenek kebayan.


Petang tu kami bergerak ke Alor Star, nak pergi tengok Menara Kota Star la jugak kan. Naik-naik dah malam. Takde orang pon kami-kami je. Harga nak naik satu kepala aku sudah lupa. Ye la kan, bukan aku yang bayar. Kalau aku yang bayar konpom aku ingat.keh-keh-keh. Dasar taik idung masin.



Alor star at nite, taken from menara Alor star.








Aku rasa semua pon tau dia sangat happy bila berjalan-jalan kan? huhuu



View dari bawah


Kami dah turun.


Diskusi hala tuju selepas ini.

Turun je dari Menara Star ni kami decide nak terus ke Penang. Dah tak berapa berdaya. Hehehee.bukan tak berdaya sebenarnya. Kami dah segan nak susahkan abang Syukur sefamily. By the way, thanks alot to abang Syukur sefamily.Ok, journey continue next entry. 


Kata long vacation kannnn... hahahaa


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...