Assalamualaikum wrt. Hi peeps!
Lelaki yang macam manakah dikategorikan hebat? Pada badan berketul-ketulnya kah? Pada kekuatannya memukulkah? Pada wajah yang tampan bergayakah? Atau pada kereta mewah yang dipandu? Mungkin jugakah mereka yang punya kerjaya yang hebat-hebat? Kalau nak cakap mungkin masih panjang lagi list ni kan? Ramai perempuan-perempuan di luar sana ada list masing-masing untuk standard lelaki idaman. Pilihan terletak di tangan kita.
Semalam aku terbaca satu blog ni. Demi Allah, lelaki ini sungguh hebat sekali. Lelaki yang penuh kekuatan emosi dan mental. Punya sabar yang bukan sedikit. Dan Allah sedang mengujinya. Subhanallah. Wahai isteri, sungguh kamu beruntung! Dunia dan akhirat, InsyaAllah.
Dia diuji dengan penyakit isterinya. Isteri dia mengalami brain damage (kerosakan otak) akibat asthma sejak setahun lalu. Dia berhenti kerja hanya demi untuk menjaga sang isteri. Adat orang sakit, bermacam kerenahnya. Subhanallah, lelaki ini sungguh sabar. Tersentuh sungguh hati ni membaca kisah dia.
Bayangkan isteri yang dulunya sempurna, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh dibawak bergurau sekarang hanya terlantar di atas katil. Bercakap pon tak boleh, apatah lagi makan minum pakai semua memerlukan seseorang. Daripada badan berisi kini jadi kurus kering.
Tak ramai lelaki yang sanggup menjaga isteri yang terlantar seperti ini. Pada aku, lelaki ini cukup hebat. Dalam pada kesukaran menjaga si isteri yang sakit, dia tetap bersyukur kerana isterinya masih diberi peluang untuk hidup. Walau dalam kesempitan hidup yang melanda, dia tetap berusaha memberikan yang terbaik buat si buah hati. Bersama doa yang tak pernah putus-putus mendoakan agar si isteri kembali pulih seperti sedia kala.
Mata yang melihat takkan pernah sama dengan bahu yang memikulnya. Semoga Allah memberi Encik Abil kekuatan untuk terus berusaha mengubati isterinya, Puan Fauziah. Kalau tidak di dunia ini, mungkin ada ganjaran yang lebih hebat di sana nanti buat suami sehebat dia.
Buat suami, cerita orang adalah iktibar pada kita. Allah tidak akan menduga kita diluar batas kemampuan kita. Semoga kita akan tetap bersama, tak kira susah atau pun senang. :)
No comments:
Post a Comment