Assalamualaikum wrt. Hi peeps.
Sekejab je kan dah nak Ramadan semula. Ni dah masuk bulan 7. Mean kita ada dalam lebih kurang 3 minggu nak sampai ke Ramadan. Sekarang adalah masa-masa kecemasan buat mereka-mereka yang belum ganti puasa lagi. Huhuhu. Mujur la aku puasa penuh last year.
Tahun ni hubby puasa di sebelah Europe. Hueheheheee..maknanya? maknanya sekarang ni musim ape ekk? Summer ke? Entah aku pun tak tau musim-musim ni. Yang aku tau musim hujan dengan musim panas je. Aku mane penah pergi Europe. Hueheheee. Ramadan ni, sebelah europe akan lebih panjang waktu siangnye berbanding dengan waktu malam.
Hubby cakap matahari akan terbit jam 3 pagi dan tenggelam lebih kurang pukul 10 malam. Huhuhu..kalau betul la puasa ikut matahari terbit tenggelam, mau husband i yang kacak bergaya sila muntah hijo tu akan tinggal tulang bersalut kulit balik nanti. Ce bayangkan, ce bayangkan? Oh my!!! kedua belah tangan di pipi mulut bulat bentuk O.
Makanya, aku pon bertanye la pada seorang ustaz merangkap kawan kepada mak tam aku. Katanya, puasa di tempat macam tu kena ikut waktu semasa la. Maknanya kita kena ikut waktu tempatan. Macam mana umat islam dekat kawasan tu berpuasa. Sebab siang adalah terlalu panjang. Sebab bukan semua tempat bernasib baik macam kita (Malaysia) which is terletak betul-betul di garisan khatulistiwa yang menyebabkan siang dan malam adalah seimbang waktunya.
Bertuah kan kita. Senang je cam ne nak tau masa bila nak kena sahur dan masa bila nak berbuka puasa. Tengok matahari pon dah boleh tau. :)
So, kepada pelaut-pelaut yang belayar ke bahagian Europe pada Ramadan kali ni, jangan tak puasa pulak ye. Hihihiii.. Have a pleasant Ramadan Al Mubarak there.
No comments:
Post a Comment