our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Kek Coklat Kukus yang Yummeh sehingga menjilat siku!


Assalamualaikum & hi semua.


*ehem-ehem*


entry berkaitan makanan lagi.
oh, kali ni ai buat sendiri.
bonda ai tak buat tau..
bonda ai tak rajen okeh nak pakai mixer bagai nak baking-membaking ni
tambah lagi di malam hari.
kim salam je la nak oii..



kek ni sebenarnya di bikin pada malam sebelum balik rumah tok ari tu
requested by adik bongsuku yang amat suke mencekik kek cokelat
ai pon suke
tapi laki ai tak suke..
oh, tawakal. kui-kui-kui.
hubby takde, takpe la kan.Link

hahaha.



ok, jom cekidaut bahan2 kek ni.
Oh ya, resepi diciluk dari kak anis.
thanks kak anis atas resepi yang lazat berkrim ini.




.godek dapur jam 12 tengah malam nak buat kek.



Bahan-bahan:
. 1 cawan tepung gandum
. 1 cawan gula pasir
. 1/2 cawan air
. 1 cawan minyak masak
. 1 sudu teh soda bikarbonat
. 1 sudu teh baking powder
. 5 biji telur *ai pakai telur gred B*
. 1 cawan susu pekat manis *ai pakai 3/4 cawan je*



.kek ni naik syanteekkk sangat ok walaupun time ni mata ai dah kelabu.hohoho.



cara-cara:
. masak gula pasir dan air sehingga larut kemudian sejukkan.
. ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
. pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan susu pekat dan gula yang telah disejukkan dan pukul.
. kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak tadi dan pukul sehingga sebati.
. langkah akhir, masukkan minyak dan pukul. kemudian kukus selama 45min.
. setelah kek masak bolehlah dihias mengikut suka.



Sunday, September 4, 2011

TIPS mengoreng karipap-karipap cinta tanpa jerawat batu


Assalamualaikum.


Amacam hari ni?
Dah ade yang pegi rumah terbuka ke?
makan ape?
eh, tapau la sepolistren 2 untuk ai ye.
muahahaa.. gilos, ai tak berenti makan hari raya ni.
haha..
kang hubby balik da tak kenal bini dia ni kang..
susah plak..
kui-kui-kui.



ok. meh kita kongsi tips menggoreng karipap-karipap cinta buatan bondaku tanpa jerawat batu.
sekali lagi diulangi ye..
buatan bondaku, bukan ai yang buat.
sila jangan mintak.
ai tukang goreng je.
tu pon separa pass.
markah baru 50 tau mak ai kasik.
sebab karipap ai tak flawless kulitnye.
cett..


Disebabkan mak ai ni sangat berpengalaman dalam pembikinan karipap-karipap cinta ni
maka sangat la renyah proses menggorengnya.
orang lain ai tak tau.
ai tau mak ai je goreng camni.
sebab dulu-dulu mak ai berniaga kuih muih kat gerai tepi jalan.
oh, betul tu. ai bukan orang senang lenang goyang kaki kat umah duit masuk tiap-tiap bulan ye.
smapi sekarang ni pon my parent still kerja nak carik duit.



dah! dah! stop drama.
kita sambung pasal karipap pulak.



.karipap-karipap cinta buatan bonda.



1. Perkara pertama sebelum masuk kuali. Sila pastikan minyak dalam kuali tidak terlalu panas. Diulangi sekali lagi. Sila pastikan minyak dalam kuali tak terlalu panas. Api kasik kecikkk je tau.

Sebab bila minyak dalam kuali terlalu panas, karipap cinta kamu akan terus mengelembung dengan jayanya. Dah sah-sah la ade jerawat batu yang amat besar disitu ya. Dah tak jadi karipap cinta dah..jadi bencinta pulak. kan tak seronok tu?



2. Setelah agak-agak beberapa minit dalam kuali, balikkan karipap-karipap anda. Pastu baru boleh besarkan api. Api sederhana saja nak goreng karipap yang flawless ni. Rajin-rajin la balik-balikkan karipap tu. sebab kalau tak rajib balikan, karipap tetap berpotensi nak berjerawat batu.



3. Bila dah nampak karipap tu dah kuning keemasan-bukan kehitaman ye. boleh la perlahankan ape. kecik sekecik-keciknya api tu ye. pastu boleh la diangkat.




.tengok..tak flawless sangat kan? ai punye keje la tu.huhuu.



4. Untuk goreng kali kedua pon sama jugak prosesnya. tapi saya tutup terus api tu lepas goreng tadi. dah agak lama, baru masukkan karipap. bila karipap dah cam mengelegak sikit tu, baru nyalakan api. ulang semua proses sampai karipap-karipap cinta korang abis.



nota: karipap ni ai rasa sebijik je tau. yang lain bawak gi kenduri kat umah hubby.


Saturday, August 20, 2011

Ramadan 20# Kuih Tradisonal.

Assalamualaikum. Hi semua.


Aha. Dah berhari-hari dok simpan entry ni dalam kepala.
Entry yang mungkin juga bakal menguruskan pahala puasa yang gemuk.
Hehe.


saya memang suka makan kuih tradisional.
sedap-sedap. *tiba-tiba air liur meleleh-lap sikit*
dulu-dulu tak pernah kisah pon nak buat kuih tau.
tapi sejak lepas kawen ni, tangan gile gatal nak buat kueh.
nak try masak itu-ini.
sebab duduk rumah tak de kerja kan?
kire nanti bile hubby balik, bole jugak la show off kat die.
haha. macam sedap. ;p


sebahagian dari kuih kite ni ada name yang tuhan je la tahu cam ne kuih ni dapat name tu.
so..
Jom kita selidik nama-nama kuih-muih tradisional Melayu kita~



.tang mane yang molek sangat kueh ni?.



Kuih yang perasan cantik- Cik Mek Molek.




.kuih alim.


Kuih yang alim-alim kucen - Kuih ketayap


Kuih yang seksi meksi - Puteri Mandi


Kuih yang perasan jelita bak anak raja - Puteri Ayu





Kuih yang menyinari kegelapan - tepung pelita






Kuih yang suka mekap tebal-tebal - tepung gomak



.kueh ni takde la buruk mane pon kan?.


kuih yang sakit tenat - Batang buruk


kuih yang kotor gile - tahi itek


Kuih yang kejam - Lompat Tikam


ni sebahagian je nama kuih-kuih tradisional yang saya tau. Ada banyak lagi sebenarnya, yang lain malas nak pikir, ngantuk.
hehee..



nota: hubby dah sampai new york malam tadi, Alhamdulillah. :)


Tuesday, August 16, 2011

Ramadan 16# ShortBread Cookies

Assalamualaikum.


Tak sangka kan, dah 16 hari kita puasa.
Dah setengah bulan, tapi rasa kejabb je dah nak raya.
Baju raya? saya tak beli pon lagi.
Tak tau la nak beli ke tak nak.
Bukannya apa, saya ni bukan pergi beraya ke mana sangat pun.
Duduk rumah je lebih.
Tapi untuk si kenit Maira, harus beli yer.
1st time nak raya ni, kan maira kan?


Ok, layan cookies yang saya godek dari rumah kak umi@home sweet home ni.
Lembut, lemak, gebu.
Cair di mulut gitu kekdahnya.



Ok. Meh kongsi resepi copy and paste dari rumah kak Umi.
Resepi ini senang, tapi pakai sukatan zaman tok nenek dolu-dolu yer.




.sebelum dibakar.


Bahan-bahan:
. 3 tin susu kecil tepung gandum.
. 1/4 tin susu kecil tepung ubi
. 1 biji kuning telur
. 1 sudu kecil esen vanilla
. 250g mentega/ secukupnya untuk digaul hingga adunan lembut
. Gula halus - digaul selepas bakar.


Cara-cara:
. Ayak tepung gandum bersama tepung ubi dan letakkan dalam mangkuk besar
. Pukul kuning telur bersama esen vanilla. Tuangkan dalam campuran tepung tadi
. Uli adunan dengan mentega sehingga lembut dan boleh dicanai
. canai lebih kurang 1/2 cm dan terap dengan acuan
. Bakar pada suhu 175 C selama 10-12 minit. Jangan bakar terlalu garing. Cukup sekadar kuning supaya biskut lembut dan gebu.
. Gaulkan dengan gula halus.



.ini la rupanya selepas dibako.



.hehe.lemak berkrim ni.


Saturday, August 13, 2011

Ramadan 13# Puding Susu Dengan Koktel.

Assalamualaikum & Hi semua!
*samabil berlari ke kiri & ke kanan- excited*



haha.
camat tengahariiii!!!
Mood momma maira sangat baek hari ni.
Sebab ape?
Sebab ini..



.taraaaa~puding susu dengan koktel.



hehee.
punye la lama mengidam mende alah ni.
Ai ni kalau nak ke bazar Ramadan kirim salam lah yer.
Tambah lagi nak bawak maira..oh, no-no-no.
Cuaca dekat sini sangat panas terik belah petang.
Kalau takat pukul 6 tu, belum tentu dah redup.
Jadinye baik la ai godek-godek kat dapur je lah ye.
Baru lepas menggodek puding ni tadi.
Haip! ai tak mamam tau. *babap kang*



jom kongsi resepi yang ai google tah dari mane pon dah lupe..
tapi kat page kak yati pon ade jugak.
Klik di sini ye kawan-kawan kalau nak tengok yang kak yati punye..



Bahan-bahannya:
.1 paket serbuk agar-agar (11g) - saya pakai yang macam tali tu.10g aje..
.2 biji telur
.4 cawan air
.1/2 tin susu cair
.1 cawan gula pasir
.2-3 sudu besar tepung kastad
.1 tin fruit cocktail-saya pakai 1/2 je.



Cara-caranya:
1. Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
2. Pukul telur dengan tepung kastad. Ketepikan
3. Bila agar-agar larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
4. Masukkan campuran telur dan kastad tadi
5. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar.
6. Tutup api dan tuangkan dalam loyang kegemaran. SIAP~



Oh, bau die sangat la mabeles ok. Tergugat iman ai yang dah lama mengidam puding ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...