our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, September 19, 2011

Mengapa mesti dipikul sebeban derita hanya untuk secebis bahagia?


Assalamualaikum & hai semua.


Entahla mengapa saya ni begitu suka membaca dan mendengar cerita orang lain.
Sebenarnya bila kita banyak membaca dan mendengar cerita sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara bagaimana kita membuat keputusan. Sama ada secara sedar ataupun tidak.


Entry hari ni adalah untuk berkongsi cerita dengan kamu-kamu sekalian. Harap adalah yang sudi membaca. Entry bukan berkisar tentang hidup saya sendiri. Tapi perkara yang berada atau berlaku di depan mata saya sendiri. Hmm..






Saya berasa aneh sebenarnya kenapa ada wanita yang sanggup bertahan untuk terus bersama dengan lelaki yang mereka sayang meskipun mereka tahu penghujungnya bukan semestinya bahagia, bahkan mereka tahu yang lelaki itu bagaikan duri di dalam hidup mereka. Ini tak kira sama ada boyfriend, tunang mahupun suami.


Wanita ini masih sanggup untuk terus setia, dan terus menunggu, menunggu dan menunggu. Bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba.


Aneh bukan? walau mereka ini tahu,bukan bahagia di hujunhnya. Mereka masih terus ingin bertahan. Hanya kerana satu. CINTA. Mereka menaruh harapan yang bukan kecil untuk si lelaki berubah. Mereka mempertaruhkan segala yang mereka punya hanya untuk memberi yang terbaik. Tetapi alangkah hibanya bila hasilnya adalah sebaliknya bukan?







Saya kongsikan cerita seorang adik yang saya kenali suatu masa dahulu. Entah dimana dia sekarang saya pon tak tahu. Saya kenali adik ini semasa dia meminta kerja dengan saya. Kira-kira 3 tahun yang lalu. Dari riak wajah, tiada siapa akan tahu apa yang jauh di sudut hatinya.


Dia berkahwin pada usia yang sangat muda. 19 tahun. Lelaki pilihannya adalah lelaki yang dicintainya semenjak di bangku sekolah. Apa jua pekerjaan lelaki tersebut bukanlah satu masalah. Pada awalnya rumahtangga mereka bahagia. Namun tak sampai setahun, sudah ada orang ketiga antara mereka. Ketika adik ini sedang mengandungkan anak mereka yang sulung. Hasilnya nah, dia dimadukan pada umur 20tahun. Hibanya rasa saat saya mendengarkan ceritanya.


Dan kehidupan semakin sukar. Madu ini lebih berbisa dari racun. Sayang, inilah cinta. Dia sanggup bermadu, dimadukan oleh lelaki ini. Dia menjaga makan minum madunya saat madunya ini sakit. Bukan itu sahaja, ibu mentua juga dia yang jagakan. Tapi apa balasan lelaki pada dia? sepak terajang. Ah, lama dia bertahan. Ya, kerana adik ini yakin suaminya akan berubah. Tapi hari demi hari. Detik demi detik. Derita semakin bertambah-tambah. Mampukan memikul sebeban derita hanya untuk secebis bahagia?


Akhirnya adik ini beralah. Dia berundur, minta diceraikan disaat umurnya 21 tahun. Janda muda. Tak mengapa. peluang bahagia masih ada meskipun bukan dengan cinta pertama. Mengapa harus memikul derita untuk bahagia yang belum pasti bukan milikmu?



Sejujurnya saya hormat adik ini. Dia bisa keluar dari kepompong derita. Alhamdulillah. Saya harap dia lebih bahagia kini. Ya, masyarakat memandang serong. Tapi apa sumbangan mereka pada wanita seperti adik ini? Kata-kata nista cuma menambah pahala. Biarkanlah mulut-mulut jahat ini terus mengata, asal kamu tidak lagi menderita dicengkam rasa.






Buat mereka yang senasib dengan adik ini. Jadilah wanita yang berbahagia. Pilihlah jalan yang membuatkanmu bahagia. Jangan direnung pintu yang tertutup itu kerana masih ada banyak pintu yang terbuka untuk kamu.


Selamat Berbahagia dan jadilah wanita yang paling bahagia. InsyaAllah.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...