our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, September 26, 2011

26/9/2011 @ Hoshas



Assalamualaikum. Hai semua. 
Pheww..Penat ya amat. 
Baru bangun tido genyeh-genyeh mata lagik. kui-kui-kui.


Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya hari ni.
Terangkat satu beban di atas kepala.
Masih ada beberapa perkara yang tertunda-mintak di settlekan cepat-cepat.
Alangkah bagusnya kalau dapat beli sikit masa kan? 
Cis, ayat gilos klise. 



.hepi sebab dah sampai rumah.haha.



Pagi tadi bangun dan mandi seawal mungkin. 
Tapi cik mem besa perintah pon bangun awal jugak.
Lepas saya mandi die dah bangun. 
Eh, macam tau-tau je mama die nak kejutkan die.
Ok, zass terus bagi maira mamam & mandikan dia.
Siap je maira berbaju, aki die pon balik.
Okeh, saya dah bagitau abah mintak tolong temankan saya pagi ni.
Maira ade appointment di Hoshas-Temerloh.
Awal ayahanda saya pulang arini..biasa pukul 9 tu belum tentu ada kat rumah lagi. 
demai maira kan. hik-hik-hik. 
cucu sulong la katakan,haruslah manje dengan akinya. ;p
sehari kalau tak berdukung tak sah. sampai mama die tengok pon penin. 



Kami bertiga zass terus ke Temerloh lepas abah siap-siap bagai. Alhamdulillah perjalanan smooth je. Sampai je kat Hoshas, parking dah penuh. Actually tak tau nak hala tang mana. Nampak signboard klinik pakar, men terjah je kau. hahaha.






Pusing-pusing sampai pening cari parking tak jumpa. Last-last parking betul-betul tepi bukit. pergh..
kalo tak de handbrake la kete ni, mau ke ICU akuh. gilos pemikiran tak senonoh. hehehe.


Biasa la urusan dekat hospital kerajaan kan. Lama la sikit. tapi so far banyak-banyak hospital kerajaan yang saya dah pergi Hoshas ni antara yang terbagus la. Service die boleh kata cepat la. Management bagus kot? 
Dalam setengah jam je, kami dah q kat bilik amik darah, klinik padeatrik. Huhuhu. Maira bukan men seronok kau. ramai rakan sebaya la katakan. Keh-keh-keh.


Siap pakwe sebelah kerusi ngorat die tu. hahaha. Men tegor-tegor dalam bahasa feranchisss dorang kan. Tak tau sat lagi ade bencana datang menimpa. hahaha. Sampai turn nama maira doktor da sebut. Masuk bilik tu maira so jakun kejab. Kejab je la kan. Saya main-main dengan dia. Gelak-gelak. Pastu doktor suh keluar. Huh, camne la maira kan sengsorang kat dalam tu. Tutup je pintu tak sampai seminit, tu dia.. Jeritan agungnya sudah tiba. Gilos kuat dia menjerit. Menjerit-menjerit-dan menjerit tanpa henti. Eh, berdebar jugak mak oi. Anak orang lain masuk keluar maintain je,nangis pon ehek-ehek je. Anak aku? Perghh.. 




.tak nampak kan kesan kena cucuk.pro la katakan tukang cucuk tu.huhuhu.



Dalam lebih kurang 10minit lepas tu, doktor 2 orang tu bukak pintu. Huhuhu, maira nampak je mama dia terus diam. Alololooo..syiann anak mama ni. Kat tangan ada la kapas. Alah, biasa kita amek darah kan ada nurse kasik kapas kan? camtu la. Saya belek-belek tangan maira. Nampak cam ade kesan darah beku je.
Eh...tak kan darah beku kot? Takpe la.. Saya pegi kat abah dan kitorang terus balik Jengka semula.


Sampai je kat rumah, saya check sekali lagi tangan maira tu. Memang betul darah tu cam agak kebekuan disitu. Hadoi la.tapi nasib la tak hitam.macam merah ati je. Saya terus sapu minyak angin, kasik die lega sikit. Maira takde la ngengada hari ni. Alhamdulillah, gud girl anak mama ni. Terharu beb. Ye la. semua orang kat Klinik padeatrik tu datang suami-isteri, saya datang dengan abah saya. Teringat kat hubby. Sedihnya hati. T_T 




 
 .kesan merah hati semakin menghilang selepas sapu minyak angin. alhamdulillah.



Kebanyakan kes yang dirujuk kat padeatrik clinic ni tiroid kes. tapi maira datang sebab Thalasemia. Sape baca belog ni time saya preggykan maira dulu tau la kan. Sesungguhnya amatlah derita. 


Saya doakan maira takde apa yang saya ada. Amin. Eh, tolong aminkan sekali. Jangan baca je.
Sampai rumah dah dekat tengahari, abah keluar cari lauk. nak masak tengahari pulak. Tak larat dah nak keluar belah petang ni. Padahal banyak ya amat urusan mintak diselesaikan. Ah..aku lemau. 


Semalam sangat tekanan perasaan. Jangan tanya kenapa. Hati ni ada jugak time-time dia susah. Banyak mende dalam kepala. Air mata mencurah-curah. Ok, Sekian. tata! 



 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...