our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, May 31, 2012

Bun Vanilla Lembut Adunan Tepung Gandum

Assalamualaikum wrt &  hi peeps!!

Oh. This is my very first time meroti. Pergi dapur orang, masing-masing dah pernah cuba buat roti sendiri. Of course la pakai tepung roti kan. Tapi masalahnye dekat sini memang takde jual tepung roti tu. Puas memusing cari tapi tak jumpa gak. Akhirnya, kak ros Jintan Manis ada buat roti guna adunan tepung gandum je. Jadinye keinginan nak meroti meluap-luap. Keh-keh-keh. Akhirnya terjadi roti homemade ini. Muahahaha.

Disebabkan ini adalah first time buat kan. Tak tau jadi ke tak. So far pada pendapat aku sendiri la kan.kira berjaya la jugak. Hehee. Mungkin kena beli oven elektrik baru jadi cantik colornya tu. Color ni kurang menarik pada aku la kan. Rasa dah ok dah ni. So, aku amek resepi kak Ros Jintan Manis tapi aku buat separuh je. Buat ikut resepi kak ros banyak sangat. Kang takde orang nak makan plak. Kak ros, izinkan saya copy paste kat sini ye.






Bun Vanilla Adunan Tepung Gandum

Bahan-bahan:
450g tepung gandum
40g gula
40g susu tepung
2 sk esen vanilla
2 biji telur-pukul sedikit dengan garfu, asingkan sedikit utk gliss pada roti
2 sb majerin/butter
1/2 sk garam
6g yis @ 2 sk yis
Air suam -190ml setelah dicampur dengan telur
3 sb water roux
1 sk baking powder

Untuk Gliss:
Egg wash (baki telur yang ditambah 1 sb air/susu segar dan beberapa titis esen
vanilla/madu.




Cara-cara Doh Roti:
1.Pakai Bread Maker: Masukan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM
masing-masing. Tekan start dan tunggu sampai siap diuli. Lepas tu terus ke langkah 4.

2. Uli tangan: Masukan semua bahan doh di dalam bekas adunan. Uli sehingga tak
melekat pada tangan. Setelah menjadi doh, ambil plastik bersih dan letak doh dalam
plastik. Ramas-ramas beberapa minit (anggaran 8-10 minit). Keluarkan doh dan uli
semula dalam bekas adunan. Anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dab biar doh naik 2x ganda. (anggaran masa 40 minit - 1 jam)

4. Tumbuk-tumbuk doh bagi mengeluarkan angin. Uli sebentar dalam 5 minit. Bahagi doh kepada beberapa bebola kecil. Susun dalam acuan bulat/petak. Pastikan bun tidak disusun terlalu rapat supaya bun boleh naik dengan baik. Biarkan bun naik 2x ganda.

5.Gliss permukaan rotu dengan egg wash dan taburkan gula. Bakar pada suhu 180 celcius dalam 18-20 minit atau sehinga perang.

6. Sejukkan diatas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk Water Roux:
Bahan-bahan:
25 g tepung gandum
125 ml air

cara-cara:

Masukan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga pekat menggunakan api yang perlahan. Setelah pekat, angkat dan sejukan sebelum digunakan.

Selamat Mencuba~ 

Tuesday, May 29, 2012

JAUH.LUPA.BERKAT.KEMBALI

 Assalamualaikum wrt & hi peeps!

Lama benar tak update blog ni. Rindu nak menulis. Hati takde dekat sini. Fikiran kusut. Jadi ada banyak aktiviti online terabai. Yang tak terabai hanya lah rutin harian biasa. PGK tengah buat gathering dekat Tambun kan. Bestnye la diorang kan. Aku ni nak join mende-mende macam tu bukan tak mau. Buatnya jauh sangat. Nak drive jejauh bukan berani sangat. Nak naik bas nanti susah plak nak bawak baby. Hmm..tengok orang happy pon kita boleh jadi happy sebenarnya. :)

Tentang JAUH. Jauh jarak, jauh hati. Atau jauh jarak, dekat di hati. Both can happen actually. Lagi pulak bila duduk berjauhan macam ni kan. Jarang-jarang contact. Sesekali akan ada rasa jauh di hati. Sudah la jaraknya jauh. Connection pulak kurang kan. Aku tak tau la orang lain, tapi ini la aku rasa. Menipu kalau aku cakap lansung takde rasa jauh di hati. Bukan jauh hati. Rasa macam telepati tu kurang. Rasa macam ada saat hambar, rasa kosong. Rasa our patner is not here, but there. Jauh.

Bila sampai saat macam ni. Aku biasanya akan duduk berteleku sensorang, dan menangis. Ada rasa di sudut hati. LUPAkah aku pada DIA? Sebab tu aku rasa jauh dengan orang yang aku sayang. Aku mula perasan. Aku semakin melupai DIA. Si Pencinta Hakiki yang memiliki semua cinta di atas bumi. Allah mahu aku sedar. Sedar yang aku sedang lalai. Lalai mengingati DIA, sang pemilik cinta. Maka, disebabkan hubungan aku dengan DIA renggang, DIA bagi aku rasa ini. Perasaan jauh. Perasaan hubungan dengan sesama manusia seakan kosong juga, hambar, dan hilang. Sesungguhnya hambaNYA ini sedang terLUPA.

Kadang-kadang aku berfikir, adakah ini penyebabnya kehidupan kita kekurangan keBERKATAN? Kerana kita seorang insan. Insan yang mudah terlupa. Jadi Allah turunkan kita UJIAN buat kita kembali semula kesisiNYA. Ya Allah, Maha Penyayang sungguh DIA. Kita melupakanNYA, namun DIA mengingatkan kita semula. Subhanallah. Aku mahu cinta manusia yang sementara ini diiringi dengan cintaNYA yang kekal abadi. Agar aku sentiasa sedar. Sedar yang aku ini insan yang tak sempurna. Si pembuat dosa. Aku mahu cinta ini di BERKATI sepanjang perjalanannya menuju ilahi. Ya, perjalanan ini baru sahaja bermula.
Ranjau dan onaknya baru sahaja menjengah. Moga si Empunya Cinta Hakiki memBERKATI kehidupan kami.

Aku mahu KEMBALI. Kembali ke pangkuan si empunya cinta. Agar hidup aku, cinta aku, semuanya diBERKATI. Usia yang panjang bukan tanda barakah. Barakah itu kita harus mencarinya. Cari ia di sisi ujian-ujian yang diberi. Seperti ini. Seperti kejauhan ini. Aku mahu ia menjadi pemangkin aku untuk terus cekal mencari REDHA ilahi. Semoga perjalanan kehidupan yang baru hendak bertatih ini di BERKATI si DIA.


Wednesday, May 23, 2012

Wonder Girl.

Assalamualaikum wrt & hi peeps!!!!

Oh-Em-Jee!! I also have my own wonder girl. Haha.


video


Tuesday, May 22, 2012

To Papa

Asalamualaikum wrt & hi peeps!!! 

Papa, actually mama nak hantar video ni kat papa through phone je. Tapi memandangkan nak hantar gambar pon tak boleh, jadi mama upload dekat belog je la ye papa. Papa jangan syedeh-syedeh atas ship tau. Maira happy-happy je dekat sini dengan mama, mak su, tok, aki ngan pak teh.

Papa jangan risau tau. Maira hari-hari tengok gamba papa dalam album mama. Mama tak bagi pon maira ambik jugak. Maira saaaayaaannnng papa. Love u Papa!! 

video


Ikhlas dari Maira, anak mama ngan papa. :)

Sunday, May 20, 2012

Mood ke laut.

Assalamualaikum & hi peeps! 

2-3 menjak ni mood aku sungguh la ke laut. Bukan sikit-sikit. Memang kaw-kaw punya. Ape pon tak boleh nak fikir. Padahal ada je benda yang tertangguh. Aku hari-hari jenguk blog, tapi haram nak menulisnya. Kepala otak ni dah macam jam dekat KL sanun dah. Kritikal giler perasaan.

Masuk bulan ke dua hubby tak de macam ni la aku. Nak online pon rasa tak semangat. Nak tengok facebook pon rasa kelaut jugak. Mujur ada Maira teman ronggeng mama. Hehehee. Maira lately dah pandai buat joget ala-ala lambak. Kelas kau maira. Siapa tah mengajar dia aku pon tak tahu.

Lepas tu kemain lagi rajin nak menyapu rumah. Pantang jumpa penyapu. Betul-betul perempuan mithali ni. Anak teruna sapa nak masuk minang ni bertuah sungguh. Kalau dekat dapur tu, kalah orang lain die punya nak memasak. Semua di kelebetnya. Macam Mastechef. Untung la laki kau maira oiii..dapat orang pompuan hak rajin cam maira ni kan? Hahahaa.

Sekarang pon dah pandai bergaya dengan handbag. Kemain dia. Nampak mama dengan mak su dia bawak handbag, dia pon nak juga..Apa-apa la nak oii..Janji kamu bahgia. Hihii

Sunday, May 13, 2012

Bekerja vs surirumah sepenuh masa.


Assalamualaikum wrt & hi peeps!

Aku rasa ramai yang macam aku kan. Selesa jadi surirumah sepenuh masa. Ya, betul tu. Memang selesa. But lately aku rasa pandangan aku ada berubah sikit. Mungkin ugak faktor persekitaran dan jugak persoalan orang sekeliling. Juga mungkin sebab dah pernah merasa bekerja. Tapi setiap yang kita buat ada pro and cons dia kan.

Firstly aku tengok husband aku kerja macam nak mampos. Kesian jugak. Tapi sebab tak nampak tak pe la. Hahaha. Aku dengar pon kesian. Orang lain aku tak tau la pulak kan. Lately aku rasa macam syarikat hubby macam ade masalah. Ramai orang yang kena buang kerja sebab bisnes lingkup. Semua kapal liner dah kena jual. Seaman bahagian liner dah kena buang kerja. Mujur husband aku naik chemical. Kalau liner jugak, sadaqallahul-azim..Wuwuwu..

See how scary world can be kalau kita sebagai wifey dia tak da backup plan. Aku duduk berhari-hari berfikir pasal kerja since hubby sign on kali ni. Aku rasa aku kena move on untuk cari kerja. In case kalau jadi apa-apa dekat kerja hubby sekarang ni. Aku ada back up dia kan? Memang kalau aku kerja sekalipun gaji tak akan setinggi gaji hubby, at least tak kebulur la kan. Hutang settle, perut tak kosong.

2nd things is job as a life insurance. Kenapa? Hidup mati, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Hari ni kita bahagia esok lusa belum tahu lagi kan? Mari lah kita beramai-ramai sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan dulu, kita dah basah kuyup dah tak guna kan? Sejuk dingin beku gitu.

3rd things is its our money. Yes. Some said having a job is one of self satisfaction and also be your identity. Betul. Adalah satu kepuasan untuk dapat pegang duit sendiri setelah penat bekerja bertungkus lumus, memerah keringat walaupun duduk dalam aircond. Huhuhu. Dan duit itu boleh dibelanjakan sesuka ati kehendak perut juga. Mean bukan lah untuk membazir. Macam sekarang ni aku tak kerja, hubby yang bagi duit. Dan disebabkan duit dia, aku tak sanggup nak belanja lelebih sebab rasa macam satu penyeksaan membelanjakan duit orang tanpa rasa bersalah. Exception untuk makan minum. Pakaian pon aku berkira nak belanja. Aku takut terlebih sudu dari kuah. Dia bekerja, aku tukang abiskan. Sekali dengar macam pisau cukur pon ade. T-T



TAPI...




bukan lah satu masalah untuk anda menjadi surirumah tangga sepenuh masa SEANDAINYA suami anda mampu dan TAK MAHU ANDA BEKERJA. Dah dia mampu..tiap-tiap bulan kau boleh sopeng riban-riban, duit belanja dapur lain cerita. Anak-anak pengasuh ada tolong jagakan. Wah! ini heaven. Hahaha. Seriously, jadi surirumah sepenuh masa adalah sangat heaven. Setiap masa kita yang jagakan anak kita. Makan pakai die terjaga. Yang penting tangan kita sendiri yang mendidik dan mengasuh dia.

Masa untuk family sahaja. Nak kemana-mana memang tak de masalah lansung. Surirumah sepenuh masa la katakan. Nak melancong. nak bercuti. Nak balik kampung. Pendek kata kalau nak berjalan-jalan memang takde masalah. Cakap je.

Kalau kita ada hobi. Memang best. For example suka masak. Tiap-tiap hari ada je menu baru jengah dapur. For those yang suka menjahit tu, memang tak perlu la nak hanta upah dekat  orang. Untuk family sendiri je tolong jahitkan. Mudah kan. Duduk dekat rumah ada lebih banyak masa compared to those yang bekerja.

Apa pon setiap keputusan tu ada pro and cons dia. Kita dah dewasa untuk menilainya.

Happy reading.

Tuesday, May 8, 2012

The Result.

Assalamualaikum wrt & hi peeps!

Masih ingat dengan Thalasemia screening untuk Humaira tempoh hari? Ala, last year punye kan. Malas nak letak link la pulak. Ok la. For those yang rajin boleh la kelebek balik semula entry tu.

Actually result dah dapat 2 weeks ago. Tapi asyik lupa nak post dekat blog. Humaira sama macam mama dia juga. She got this from me. Yes, she has Thalasemia trait. Senang cerita maira ada gene pembawa Talasemia. Sama macam mama.

Doktor siapkan satu advice letter untuk KKIA sini if anything happens - any symptomatic of thalasemia, kindly refer back to them. Tapi doktor dah pesan..baby akan macam aku jugak. Live as a normal person. Tak perlu nak tukar darah tiap-tiap bulan macam orang kat dalam tv tu kan.

Tapi still..kesian jugak la kan. Aku pon tak tau dari mana aku dapat penyakit ni. Emak or abah aku. Dua-dua tak nak mengaku ade gene ni. Dua-dua cakap diorang kuat. Ada kaitan ke? Entah la. Tapi mak aku masih pregnant memang tak pernah ada masalah macam aku.

So..maybe abah aku la kot. Takpe la..dah ada pon. Kita nak buat macam mana kan.. So sekarang ni turn hubby untuk check darah. Takut ada gene pembawak jugak macam aku. Doktor dah pesan..kalau rasa nak ada baby lagi..suruh la hubby you pegi buat test darah tu.  Lain la kalau dah tak mau anak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...