Assalamualaikum wrt. Hi peeps!
Entry berunsur luahan perasaan. Kepada sesiapa nak muntah. sila sediakan plastik cepat-cepat. Atau pon sila buat tindakan drastik bawak cursor anda ke bahagian atas sebelah kanan yang bertanda X itu. Aku peduli ape kan korang nak muntah ke ape. Blog aku, aku punya suka la. Tak suka tutup. Eh? hewhewheww~
Dengar je la mama nak membebel ni.. |
Siapa ada tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus dekat Astro Oasis? Ade sekali tu die dapat soalan la aku agak kan yang si isteri cakap husband die takde pergi outstation. Rindu la..Hihihii..UAI cakap ape? Geli laa. Nak muntah laa.
Bukan la nak cakap ape. Somehow aku rasa tak berapa relevan dengan kami isteri pelaut-pelaut tegar ni. Ye la. Nak bercakap through phone dah sah-sah la tak dapat nak tiap-tiap hari. Nak emel-emelan pun sama jugak. Somehow hubby sibuk. tak terbukak emel dia. Amos pun bukan selalu ok. Sekarang ni ade internet atas kapal. Well, tu pun berapa port sangat la nak dikongsi 40 orang. Dah macam mane?
Sebab tu isteri-isteri pelaut ni wujudkan group dan persatuan. Tempat meluahkan perasaan. Sharing is caring gitu. Lagipun bila kami berkongsi cerita dengan orang luar, bukan semua memahami. Ada yang pandang sinis, siap buat tanggapan negative dan sebagainya. Hanya yang mengalami sahaja yang memahami. Sebab tu bila ada status rindu bagai nak rak dekat facebook tu kami semua ni tak hairan. Adat hubungan jarak jauh.
Faham sendiri la kan. Macam husband aku sendiri sekali naik kapal 6 bulan. Kadang-kadang terlajak. Nak terkurang bulan tu memang jarang sekali la. Kalau dulu-dulu selalu la. Nak dengar suara punya la susah. Nak text kena tunggu ada line baru dapat nak text.Susah, susah..
Walaupun aku baru je jumpa husband aku 9hb ari tu. Tapi perasaan nya -Ya Allah, lamanya la tak jumpa dia. Rindunya la. Aku pun tak tahu kenapa. Lately aku perasan benar aku banyak sangat menangis.Oh! cengeng sungguh bini orang ni. Perasaan sensitive semacam. Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Dulu tak pulak macam ni. Adakah hormon aku tak stabil?
Sejak aku balik dari jumpa hubby dekat Kuantan tempoh hari, dekat la sepuluh kali kot aku menangis. Over kan? Ape daaa..aku pon tak tahu apa pasal la aku jadi macam ni. Dah buang tabiat agaknya. Tapi serius..rasa rindu gile dekat dia. Hmm..macam la baru semalam bernikah. eh? hewhewhew.
No comments:
Post a Comment