our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, November 19, 2017

16 Oktober 2017. Incident & Accident. Syafakallah anakanda. #3

...Selepas pembedahan tu, aku duduk di sisi kakak yang masih tak sedarkan diri. Dibawah warmer. Diselimuti selimut tebal dan hot pack. Sejuk seluruh badan. Muka ditutupi oksigen mask. Dan, dia mula merepek-repek merengek-rengek, separa sedar. Tapi Alhamdulillah, tak lama dan kakak mula sedar 90%. Dan tak lama selepas itu kakak terus dipindahkan semula ke wad tadi.

3rd day @ hospital.

Kebetulan pagi itu aku sampai doktor pakar belum buat wad round lagi. Ketika pakar mula datang, kakak dah gelisah. Risau. Takut. Semua ada. Bila sampai turn dia, dia mula nak terkencing dan sebagainya. Menangis meratap. Habis keluar air hidung, air mata. Berkaca mata Mama dia ni. Bila nurse nak buka balutan dia, dia start menjerit-jerit. Allah. Luluh hati mama tengok kakak macam tu. Aku tengok luka dia. Allah, ngeri betul. Daging yang terobek tu bukan sedikit. Tendonnya nampak jelas nyata pada mata aku. Aku ketap gigi tanda nyeri. Sakitnya sampai terasa ke kaki aku ini. Pakar cakap kena tunggu tisu baru tumbuh dulu baru boleh balik. And Mama was like, okay. I don't have enough confident to handle she at home alone along with her brother and little sister. Takut kena infection nanti akan susah aku pula di kemudian hari.

Pesan Tok tamnya, kena senyum selalu..baru cepat sembuh. Boleh balik. Dan dia pon senyum.

Aku balik ke rumah mak cik aku, pack barang untuk hantar mak dan abah balik semula ke Jengka. Sebab emak ada hal di bank keesokan harinya. Its ok since my mother in law volunteer nak jagakan kakak malam ni.

4th day @ Hospital.

Kakak dah boleh balik since tisu baru dah start tumbuh. Tapi kakak still kena cuci luka setiap hari di Klinik kesihatan. Well, good enough la kan. Aku dah tak larat nak berulang. Sebab ada baby, jadi agak sukar disitu.

ready to discharge. Baju pon tak tukar.


Things became easier since dia dah balik ke rumah walaupun kena berulang setiap hari ke hospital. Walaupun dia tak dapat berjalan seperti biasa. Ianya adalah lebih mudah dengan adanya dia di depan mata walaupun dia tak boleh tido kesakitan sepanjang malam. Allah mudahkan aku untuk tengok dia, dan jaga dia.

Sampai sekarang ni, kakak still berbalut kakinya. Tapi sudah ada improvement dalam berjalan. Ikutkan dia kena pergi fisioterapi juga tapi tak tahu la, since berjalan pun dah nampak ok, which is aku expect dia lambat lagi boleh berjalan.Alhamdulillah, recovery dia faster than ever. Allah bagi mudah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...