our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, July 11, 2011

BERSIH, ape pendapat anda?

Assalamualaikum wrt..
selamat malam semua.
.
.
.
Maaf.
tajuk ni mungkin agak sensitif sikit.
I just want to share my opinion here.
.
.
.


Kalo anda suke, bole teruskan membaca.
Sekiranye anda tak suke, bole klik tande pangkah kat tepi belah kanan, atas tu.
sekian, harap maklum.



.
.
.



Perhimpuan Bersih on 9/7/2011.
sy share 1 link disini ye..
via youtube.
*klik disini*


saya bukan la pro BN..
bukan juga PRO pembangkang.
tp sy rasa ape yg BERSIH tuntut 2 bukan perkara yg salah.
mereka mahukan piliharaya yg adil dan bersih tanpa ada sebarang tangan2 ajaib yg tolong buang undi, tolong repair undi..

makcik, pakcik sy
tiap2 tahun kempen suh sy register utk jadi pengundi
tp sy xmahu
bukan tak mampu..
tapi sy tak tahu nk undi ape
pada sy setiap parti ada pro n contra.
dan pada sy..mereka menegakkan apa yg mereka percaya.
dan kepercayaan mereka itu adalah tak sama dgn kepercayaan sy..
*mungkin*

tp ape yg ade dlm video ni
mmg buat sy betul2 kesal dan sedih
wajahkah pihak polis bertindak cm2?


kita adalah manusia2 yg berfikiran waras.
sy percaya video ini dtgnye dr pelbagai pihak
pihak media & org awam seperti sy
kita sebagai manusia
berfikirlah secara rasional
jgn terlalu mengikut telunjuk


hmm..
ingatlah, ape yg kita buat..
satu hari nanti akan berbalik semula pada kita
inilah KARMA.


5 comments:

w|cKa` said...

1.Bersih mendakwa bahawa tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan kelemahan dan kecacatan dalam sistem p/raya. Pengerusi SPR sedia anytime nk berdialog. beliau secara terbuka jemput Bersih untuk diskas tanpa mengambil kira per...ancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Bersih x memberi positif respons lalu memilih utk berdemo. demo lo ni x supo mulo.haha

2.Jgn samakan dgn negara teluk/arab/mesir/syria yg dicabar oleh suara rakyat dan end resultnya ialah suara rakyat yg rebellious terbukti berjaya menukar kerajaan..tp kene ingat, kita xsama dgn diorg..diorg semua autokratik, kita xpenah gagal apply demokratik in p/raya.so kalo nk samakan kita dgn situasi mesir mcm DSAI &
Ambiga claimed - personally aku reject point ni.

3.Jika kita menentang apa yang tidak adil itu, ianya xboleh dianggap sebagai menentang keamanan. apa yg korg takrifkan sbg keamanan? jika pihak yang autokratik begitu aman melakukan perkara yang tidak secocok dengan kehendak rakyat tanpa bangkangan, itu aman?itu la pentingya kita ade pembangkang..utk menjaga yg dh berkuasa so that they will always on their toes.kita bkn bodoh kalo kita ikut telunjuk.kalo telunjuk yg elok, mengapa tidak kita ikut?atau kita mmg jenis xnak/xbole ikut telunjuk?kalo xnk ikut telunjuk, then pimpin lah!ade bran xde bran?

4. Kita rujuk beberapa senarai tuntutan (8 kesemuanya); kita mulakan dengan point 5,6,7,8. antara 4 tuntutan ni, bg aku xde kene ngene dgn SPR/kalo ade kene ngene pon SPR bkn bole buat ape pon..so ape kaitan nk buat perhimpunan berkaitan SPR? tindakan bodoh dan membuang masa.

w|cKa` said...

5.Akses media yang adil - Tuntutan ini agak relevan. tp, ini bukan hak/jurisdiction SPR. Ini hal Kementerian Penerangan. sekrg org bole akses mcm2 medium, media cetak, (Harakah, Sin Chew, Suara Keadilan), siber dan elektronik,(blog/fb etc)..tuntutan ini relevan tp xstrong..org pn dh pandai2 skrg nk menilai content samada picisan ke x..

6.Memperkasakan institusi awam - Ini adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan tiada mengena dengan p/raya adil.hal cmni kn boleh dibwk ke parlimen yang dipenuhi sekitar 45% ahli pembangkang?

7.Menamatkan korupsi. - Korupsi berlaku di peringkat pentadbiran kerajaan dan swasta. pecah amanah etc. jadi apa kena mengena SPR? apa kaitan dengan p/raya? dan menguruskan hal berkaitan korupsi ialah SPRM bkn SPR.lagi satu dol.

8.Hentikan politik kotor - ni both sides ade. kita selalu dimomokkan dgn cerita seorang Altantuya dan seorang China Doll. ntah betul ke x wallahualam aku xbrani commit.cuma bezanya ada yang ada video, DNA dan ada yang tak ada apa-apa bukti kecuali cerita. Jadi kalau memo hendak dihantar, ia sepatutnya kepada kedua-dua BN dan PR.

9.Lain-lain tuntutan adalah ‘tempoh minima 21 hari berkempen’. - Apa relevannya? Bukankah kedua-dua BN dan PR berkempen di media cetak dan media cyber 24/7?? politik kita masih level bdk2 (xmatang),tu psl jadi tragedi 13mei. org kuat sgt provok.kempen lama2 xmembantu.bile provokasi dh xleh nk dihandle,gaduh plak..sume nk tayang keras.bodo.

10.Penggunaan dakwat kekal - diorg ckp India dh gune bende ni dh lbh 50thn dh. India walaupun kini antara kuasa ekonomi Asia, sistem pendaftaran diorg camne plak kn..jgn kita tertipu dengan kuasa ekonominya kerana di India, sistem kasta memastikan yg kaya terlalu kaya dan yg miskin, kad pengenalan pun xde! Jadi itulah gunanya dakwat kekal… kerana itu tanda yg mereka sudah mengundi bagi yg tak ada tanda pengenalan. kt Malaysia ni, kite kn dh ade ic.. nak buat apa pakai dakwat kekal?? tp on the other hand, ade kes kt penang satu rumah tu ade 18 pengundi didaftarkan kt alamat yg sama.dlm alamat tu ade cine,india,melayu..kn pelik tu kn?hahah..klaka pon ade..kite yg dh moden ni,amik la thumb print reader kalo tkut sgt sistem yg kite pakai ni di-overwrite.dh amik thumb print data tu,centralize kn la..br kite bole elak org ngundi 2,3 kali di 2,3 tempat berbeza, pakai 2,3 ic yg berbeza.br la bole elak bende ni kot..

w|cKa` said...

11.Tuntutan pilihanraya yang saksama dan perubahan pada sistem undi pos. Ini ada sedikit relevan. pun masih boleh dipertikai dan lebih bersifat menuduh.berapa jumlah negeri yang dipegang pembangkang? Kelantan dipegang sejak bila? Harus kita ingat dan mesti kita jangan lupa undi pos cuma 1% SAHAJA dari 99% pengundi. Relevan sangatkah tuntutan yang ini sampai perlu berarak? Cuba kita fikirkan
sekejap. Kalau betul hendak ditipu sistem pilihanraya dinegara ini secara 99% kurang-kurangnya (termasuk undi pos) macamana Kelantan boleh sentiasa pada pembangkang dan 5 negeri boleh ditawan? Benarkah pilihanraya di Malaysia ini sangat-sangat tidak adil? Logik?

12. Tetapi siapa ada dalam jawatankuasa Bersih 2.0? AJK Bersih tokoh-tokoh politik pembangkang iaitu Mohamad Sabu, sebagai Timbalan Bersih yang juga Timbalan Presiden PAS; Tian Chua, AJK Publisiti Bersih yang juga Naib Presiden PKR; Dr Hatta Ramli, AJK Mobilisasi Bersih yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat; Syed Shahril Mohamud, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya; Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor dan Badrul Hisham Shaharin, aktivis PKR.

13. kredibiliti pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga dikatakan ada kaitan dengan kes murtad dan Lina Joy yang pernah menggemparkan negara dan begitu juga IFC. Soal benar atau tidak ia mungkin boleh didebatkan. Tetapi seandainya dalam keadaan tidak pasti, apa perlu orang Islam berarak bersama dengan insan yang mungkin dihati ada tujuan tidak elok?Ada juga tuduhan bahawa penaja-penaja Bersih ini ada melibatkan unsur-unsur luar yang memang bertujuan memporak-perandakan negara.

14. Penilaian-penilaian ini sudah membuktikan betapa kalaupun betul rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf, buat ketika ini ternyata langsung tidak perlu ianya dilakukan melalui demonstrasi.

15. Seandai sesuatu demonstrasi bkn di atas sbb yg kukuh, boleh menghuru-harakan negara dan membawa MUDARAT dan ada kemungkinan ditaja oleh anasir-anasir luar yang bertujuan jahat maka menyokong demonstrasi yang sedemikian adalah haram. tp sedangkan solat yg haram ditinggalkan buat tu pon ramai yg langgar buat dunno..
inikan plk larangan berdemonstrasi..tujuan baik dan cara pelaksanaan baik = baik punyee. tujuan baik dan cara pelaksanaan xbaik = xbaik punyeee.
tujuan xbaik dan cara pelaksanaan baik = xbaik punyeee.tujuan xbaik dan cara pelaksanaan xbaik = xbaik kaw2 punyeeeee. :)

Mrs. Mazlan said...

btl ape yg akak cakap ni.
cara bertindak kn btl.
sy xsokong mane2.
tp sy xsuke dgn ape yg ad dlm video tu.
btl..buat ape nk wat demostrasi..
kn xduduk semeja, berbincang muka-muka.
itu kan lebih baik.
bile smpai tahap ni (rujuk video)
ape pon da xguna..
bak kt org tua2..
nasik da jadi bubur..

w|cKa` said...

dlm video tu kata polis xbagi amaran konon.. tp kan polis tu dah ckp "bersurai atau kami suraikan cara kekerasan".. xke itu amaran? xpaham bahasa kot diorg ni..

1 lagi bab2 polis suraikan demo tu nak diorg nak tunjuk.. tapi bab2 dpt layanan kat pulapol xpulak nak tunjuk? makan buffet sorang RM25.. sejadah baru lagi utk ruang solat.. pemeriksaan kesihatan lagi.. tu semua xpulak diorg nampak..

video tu hanya nak memburukkan malaysia di mata dunia.. sedihhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...