our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, September 1, 2011

Maira 1st Ever Hari Raya.


Assalamualaikum semua.


*ehem-ehem*


Semalam sakan beraya bawak cik kenit Maira ke Kampung belah abah.
Syukur tangisnya tidak melampaui batas seperti hari sebelumnya.



.bunga pon nak raya gak.



OK. Kronologi hari raya cik Maira yang pertama-tama. *cheewah, cam hape tah*
Akhir Ramadan bersamaan dengan 29hb Ogos, 10.30 pagi kami bergerak ke rumah moyang cik Maira di Felda Raya. Tak jauh pun dari rumah. Dalam 10-15minit je naik kereta/motor. kalau naik basikal lama sikit.



Sampai je kat rumah moyang, Maira start melalak cam kena histeria.
Dari pagi bawak ke petang.
Masa berbuka dah tak nangis.
Hajat hati, boleh la tidur kat rumah moyang Maira kalau Maira dah stop nangis.
Harapan tinggal harapan.
Lepas je berbuka, orang kiri, kanan, depan, belakang, sebelah-menyebelah main mercun.
TU DIAAAA... Bunyi dia kalah perang dunia ke-2 OK?
Bergegar rumah tok tu saya rasa.
Budak kecik, apa lagi..menangis sakan la.
Teruk sungguh Maira menangis malam tu.
Sungguh-sungguh die punye terkejut.
Mak Tam pun cakap dekat saya.



"Kak, balik la. kesian Maira ni menangis aje. Orang main mercun ni tah bila nak berenti."



Dalam nak tak nak, kena la balik rumah jugak.
Sebab kat rumah saya ni takde pulak orang main mercun tahap bom atom gitu.
Maira menangis non stop dari rumah moyang dia sampai ke rumah.
Masuk rumah tersedu-sedu.
Seriusly saya marah sungguh rasanya.
Bawak kete sampai mati-mati tengah jalan sebab terlalu emo.
Geram betul sebab kami datang nak beraya, sekali belum raya dah kena balik.



.sesi mentekadarah kat umah moyang maira.



Pagi raya, Alhamdulillah dah tak de orang main mercun lagi.
Maira pon nampak ada sikit OK kat rumah moyang.
*kami tiap-tiap tahun beraya dekat rumah tok*
Tapi tak pegi ke mana-mana sebab Maira tak biasa dengan rumah orang.
Duduk kat rumah moyang dia pon menangis.
Sudahnya kena bawak keluar berjalan-jalan.
Memang asyik berganti-ganti tukang dukung.




.ni moyang cik maira.



Petang raya kami dah balik rumah.
Penat sebab asik makannn je dari pagi.
Ekeke..macam-macam ada kat rumah tok kami.
Lemang, rendang, ketupat palas, sup kristal, kek bermacam jenis dan kuih raya.
Fuhh..gilos la.Mau tak makan sampai moncet?




.boria pagi raya.



Malamnya, my family in law datang rumah.
Pergh..meriah u..
adik-beradik hubby semua datang nak tengok cik Maira.
Adik beradik hubby ade 6 orang. semua kepoh. hahaha.
Maira pon sangat la behavee dengan semua orang.
Alolooo..mama syayang maira manyak-manyak.




.mama & maira together with cik Vee.



Ok. nanti sambung lagi.
nak hantar abang long gi stesen bas.
Die dah nak balik Terengganu tu.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...