our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 4, 2011

TIPS mengoreng karipap-karipap cinta tanpa jerawat batu


Assalamualaikum.


Amacam hari ni?
Dah ade yang pegi rumah terbuka ke?
makan ape?
eh, tapau la sepolistren 2 untuk ai ye.
muahahaa.. gilos, ai tak berenti makan hari raya ni.
haha..
kang hubby balik da tak kenal bini dia ni kang..
susah plak..
kui-kui-kui.



ok. meh kita kongsi tips menggoreng karipap-karipap cinta buatan bondaku tanpa jerawat batu.
sekali lagi diulangi ye..
buatan bondaku, bukan ai yang buat.
sila jangan mintak.
ai tukang goreng je.
tu pon separa pass.
markah baru 50 tau mak ai kasik.
sebab karipap ai tak flawless kulitnye.
cett..


Disebabkan mak ai ni sangat berpengalaman dalam pembikinan karipap-karipap cinta ni
maka sangat la renyah proses menggorengnya.
orang lain ai tak tau.
ai tau mak ai je goreng camni.
sebab dulu-dulu mak ai berniaga kuih muih kat gerai tepi jalan.
oh, betul tu. ai bukan orang senang lenang goyang kaki kat umah duit masuk tiap-tiap bulan ye.
smapi sekarang ni pon my parent still kerja nak carik duit.



dah! dah! stop drama.
kita sambung pasal karipap pulak.



.karipap-karipap cinta buatan bonda.



1. Perkara pertama sebelum masuk kuali. Sila pastikan minyak dalam kuali tidak terlalu panas. Diulangi sekali lagi. Sila pastikan minyak dalam kuali tak terlalu panas. Api kasik kecikkk je tau.

Sebab bila minyak dalam kuali terlalu panas, karipap cinta kamu akan terus mengelembung dengan jayanya. Dah sah-sah la ade jerawat batu yang amat besar disitu ya. Dah tak jadi karipap cinta dah..jadi bencinta pulak. kan tak seronok tu?



2. Setelah agak-agak beberapa minit dalam kuali, balikkan karipap-karipap anda. Pastu baru boleh besarkan api. Api sederhana saja nak goreng karipap yang flawless ni. Rajin-rajin la balik-balikkan karipap tu. sebab kalau tak rajib balikan, karipap tetap berpotensi nak berjerawat batu.



3. Bila dah nampak karipap tu dah kuning keemasan-bukan kehitaman ye. boleh la perlahankan ape. kecik sekecik-keciknya api tu ye. pastu boleh la diangkat.




.tengok..tak flawless sangat kan? ai punye keje la tu.huhuu.



4. Untuk goreng kali kedua pon sama jugak prosesnya. tapi saya tutup terus api tu lepas goreng tadi. dah agak lama, baru masukkan karipap. bila karipap dah cam mengelegak sikit tu, baru nyalakan api. ulang semua proses sampai karipap-karipap cinta korang abis.



nota: karipap ni ai rasa sebijik je tau. yang lain bawak gi kenduri kat umah hubby.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...