our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 10, 2011

PERHATIAN! ini khusus buat LELAKI!



Assalamualaikum & hi semua.


Ni kes kelmarin sebenarnya. Ingatkan nak update malam tadi. Sekali konon nak tidurkan maira dengan mamanya tertidur sekali da. Sekali bangun eh, dah pukul 1 pagi. Malas la nak update blog. Huhuhu. So, mari ai update hari ni k? hihihi.


Ok, sebelum aku berceramah panjang lebar hari ni. Meh baca ini link. Sila klik SINI untuk baca berita dari facebook. Malas nak link ke paper online, kang jammed laptop ni. Tak mau aku.


 Actually tak tahu la nak sifatkan lelaki tu sebagai ape kan? Manusia kalau tengah dirasuk setan, gitu la gayanya. Anak sendiri pulak tu. Baru 23 hari ok. Bukan 2-3 tahun. Ciss! Setan sungguh! Aku benci manusia cenggini. boleh dia pegi liwat budak umur 23 ari sebab isteri dia tolak ajakan seks. Lembik lagi budak tu. Nauzubillah. 


Macam ni la pikir ye wahai kaum adam sekalian. Isteri tu baru 23 hari bersalin. Luka bersalin pun belum betul-betul baik lagi. Itu kalau bersalin normal la kan. Kalau bersalin operate tu lagi la pulak hazabnya. Sebab setengah kes ada sampai bertahun-tahun masih rasa lagi bisa lepas operate tu. Macam aku sendiri pon lama nak bagi elok luka tu. 2 bulan jugak la nak bagi luka tu betul-betul baik. Ini bersalin anak perempuan, kalau anak lelaki lagi teruk. Sebab tu anak lelaki ni orang cakap syurga di telapak kaki ibu.




.ini budak tak berdosa, masa berumur 1jam.



Islam lagi mengharamkan bersama dengan isteri yang masih dalam nifas. Selagi mana darah nifas masih belum berhenti. Normal bagi perempuan untuk darah nifas berhenti dalam 40 hari and above. Sesetengah tu sampai 60 hari. Dalam islam pon cakap darah nifas sampai 60 hari masksimum. Wallahua'lam.


Bagi para suami, ini adalah masa untuk bersabar. Sebab masa confinement ni lah perempuan paling banyak kerenah. Bukan setakat isteri je, anak yang baru lahir tu pun sama. Maklum aje lah, dunia baru. Masa ni memang kadang-kadang menduga iman suami isteri. Tak payah cakap orang lah, kami suami isteri pon sama. Happy dapat baby memang la happy. Dalam pada happy tu, suami isteri kena banyak bersabar. Suami terutamanya.


Lagi satu, anak itu amanah. Kita kena jaga sebaik-baiknya. Besarkan dia, bagi didikan agama yang sempurna. Ini sebahagian besar tanggungjawab lelaki dalam rumahtamgga. Ye lah, salah didik, dosa semua engkau yang tanggung. Tambah lagi dengan dosa sendiri, dosa isteri lagi. Tu kalau isteri sorang, yang ramai isteri tu. Bengkok la tulang ko kat padang masyar nanti kalo tak reti nak tegur isteri sendiri.



Ini satu kes yang dilaporkan. Kes-kes terpencil ade tak agak-agak korang? Fikir-fikirlah sendiri. Kita ni manusia, jangan terlalu ikut telunjuk nafsu. Iman kena letak nombor satu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...