our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, April 6, 2012

Angkara koktel.


Assalamualaikum wrt & hi peeps!!

Ni nak cerita pasal makanan. Kejadian adalah semasa incik suami masih bercuti. Kan tempoh hari ada cerita entry JB kan. Belajar dengan wife Duan camne nak buat puding koktel. Memang sedap. Aku memang suka puding koktel. Ni versi berkuah. Harap maaf, gambar takde. Time buat tak terfikir nak tangkap gambar pon. Fikir nak makan cepat je. Hahaha.

1st time buat adalah dekat Jengka. Sedap. Yummeh sungguh. Hihi. Aku punye la lama cari resepi puding koktel versi ada kuah ni tau. Akhirnya sampai ke JB baru la aku dapat belajar. Untung sungguh aku pegi JB hari tu. Dapat aku belajar dengan Sal.

2-3 hari lepas tu kami balik la ke  Mentakab, rumah hubby. Hubby teringin pulak dah nak makan koktel lagi. Buat semua pakai buah segera. Buah dalam tin. Beli yang paling murah yang kami jumpa. Haha. Kede sikit la time tu sebab hubby dah tambah komitmen. Komitmen ape? nanti aku update. Cett..dari hari tu nak update pasal ni tak update-update jugak sampai laa..

Ok. Berbalik kepada isu koktel tadi. Malam tu kami pergi cari barang sikit. Dan-dan hubby teringin nak makan koktel. Ok, beli la barang-barang secara pukal. Semua buah-buahan dalam tin. Sal pesan kalau nak lagi sedap buat pakai buah segar. Oh, malas sedikit di situ ya. Huhu..

Esoknya, pagi jugak la nak menyiapkan puding koktel tu. Masa nak masukan buah dalam pati koktel tu, aku tengok la isi kelapa laut dalam tin tu. Dalam hati apasal kaler dia lain macam je. Warna cam coklat nak kehitaman sikit. Seingat aku time kat rumah Duan hari tu kelapa ni warna dia putih bersih je. Belum sempat aku nak cakap kat hubby, hubby dengan excitednya terusss tuang dalam pati koktel tu. Semua ok. SEMUA berserta dengan isinya juga. Aku telan air liur kejab.

Dalam hati agak ragu-ragu la jugak kan. Pastu rasa. Ehh..SEDAPNYAA...yummy-yummy. Semua simpan dalam peti dulu sebab nak kasi sejuk. Hubby makan dengan rakusnya. Aku pon sama jugak la. Sebab benda banyak la katakan. Datang Fami ngan mimi. Semua berjemaah meratah koktel tu. Lepas tambah-tambah. Fuh,macam orang tak pernah jumpa koktel weh kekdahnya kami hari tu.

Esoknya, aku rasa macam tak sedap perut je. Aku cakap la dekat hubby rasa macam loya je.. Nak muntahhh je. Hubby boleh pulak cakap entah-entah Maira nak dapat adik. Banyak la dia punya adik. Aku siap cerry berry hari tu.Lembik badan. Mimi tok sah cakap la. Demam terus. Lusanya hubby ngan Fami pulak yang kena. Tapi hubby memang teruk. Siap demam kaw-kaw punya. Mak mentua aku pon kena jugak, tapi tak teruk la. Dia makan ade la 2-3 sudu je.

Lepas tu semua salahkan koktel tu. Haha. Hubby siap banned koktel dari dapur rumah. Siap pesan lagi.
"Lepas ni no more cocktail! Aku serik!!" Hahahaa. Tu la, lain kali main taruk je.. Hihihi..tapi aku tak serik lagi makan koktel. Koktel kan sedap. Hihiii..

 Well. Nabi pon pesan, kalau makan buah tak elok dengan susu. Sebab? mudah diserang sakit perut.

Hihii..nampak je koktel dalam tin tu aku dok ingat kat pesan hubby. JANGAN BUAT KOKTEL LAGI TIME ABANG ADE...wihiiihiii~ 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...