Assalamualaikum wrt. Hi peeps.
Ade la dekat seminggu tak update blog kan. Mood sungguh la ke laut. Lepas tu mood menguih datang la pulak dalam minggu ni. Lepas satu-satu kuih raya in the making. Haha. Kalau datang time rajin kan? Kalau time tak rajin? Nak tengok dapur pon susah ya amat.
2-3 hari ni hati rasa sayuuu sangat. Teringat-ingat dekat hubby. Ya Allah, terasa lama sangat pulak dah tak jumpa. Baru 4 bulan je kot. Dalam 4 bulan ade la dalam 2-3 kali bercakap through phone. Terubat la sikit penyakit rindu.
Ok la. stop merepek meraban. Di kesempatan ini, memandangkan ade lagi 2 hari berbaki di bulan yang mulia ni. Aku nak memohon maaf sekiranya ade terkasar bahasa, tersilap kata.. Kot-kot ade yang terasa hati dengan penulisan aku selama ini. Bukan niat aku ye. Harap dimaafkan kekurangan diri ni.For those yang duduk di sekitar area Jengka, jemput la ke rumah mak ayah aku raya ni.
Till then. Ada masa aku update lagi pasal raya pulak. :)
No comments:
Post a Comment