Assalamualaikum wrt. Hi peeps!
Alhamdulillah.Genap 27 hari ni. Allah masih panjangkan umur sampai ke detik entry ini ditulis. Banyak kegusaran berselirat dalam kepala. Doa semoga jika umur ini masih panjang, Allah mengirimkan barakah ke dalamnya. Panjang umur tanpa barakah, tanpa redha-Nya, apalah erti hidup kita ini.
Masih mencuba menjadi insan yang lebih baik walau diri sering tersasar, tersalah dan tersilap. Ya, aku manusia biasa. Kadang-kadang menangis mengenang dosa yang Masya Allah banyaknya tak terhitung dek jari jemari.
Masih mencuba menjadi isteri yang lebih baik dari sebelumnya. Doakan kesempatan itu luas terbuka untuk aku di masa hadapan.Doakan aku menjadi sang penunggu yang lebih sabar, lebih tabah di masa mendatang.
Masih bertatih menjadi seorang bonda yang hebat. Oh tidak! aku tidak hebat. Banyak sungguh kurangnya jika dinilai semula oleh diri sendiri, apatah lagi oleh orang lain. Maafkan mama, nak.
Ini insan yang punya banyak kelemahan, tapi sentiasa berharap agar ia dapat diperbetulkan suatu masa nanti. Ini seorang anak yang punya banyak kesilapan. Ada membuat sang bondanya menitiskan air mata menangisinya. Aduhai emak, ampunkan aku.
Berdoa agar rezeki semakin terbentang luas tak kira bagaimana Allah mahu mengirimkannya kepada aku. Semoga aku menjadi manusia yang beruntung di sini dan di sana nanti. Inshaa Allah.
No comments:
Post a Comment