Assalamualaikum wrt. Hi peeps.
Sedikit sedutan video. Ok, kredit to uploader dari youtube ini. Kemalangan awal pagi ini, 21/4/2013 di Federal Highway. Sangat seram dan ngeri tengok keadaan mayat-mayat yang bergelimpangan macam baru lepas perang. Ada tercabut kaki dan sebagainya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah buat keluarga yang terlibat.
Puncanya dari seorang pemandu mabuk. Dan terjadilah kemalangan ngeri ni. Nauzubillahiminzalik. Nampak tak kenapa Allah mengharamkan arak? Ni adalah salah satu sebabnya. Manusia menjadi hilang kewarasan. Apa jugak yang kita buat bila dah mabuk, kita tak sedar, kita tak ingat. Yang dekat terasa jauh, yang jauh terasa dekat. Sebab apa rasa macam tu? sebab minda kita dah khayal dek alkohol.
Ada banyak lagi sebab kenapa Allah mengharamkan arak. Ini cuma satu. Kalau kita pandang dari sudut sains dan perubatan, pengambilan alkohol akan menjadikan arteri kita mengeras yang mana akan menyebabkan bermacam-macam penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya. Ia bagaikan racun untuk tubuh badan manusia. Racun yang membunuh peminumnya secara perlahan-lahan.
Kalau kadar alkohol lebih tinggi dari 75% yang boleh ditanggung oleh badan seseorang manusia, ia akan menyebabkan kematian otak. Ingat, kalau otak kita mati, kita pun akan diistihar mati. Nak mati awal? Sila la.
Aku rasa sangat la elok kalau arak ni lansung tak dijual di Malaysia ni. Seriously say, bila mana kerajaan Malaysia mengharamkan penjualan arak di negara kita ni, kes-kes jenayah akan turut berkurangan. Atau buat limit untuk mereka yang non-muslim sahaja dan buat restriction untuk jualannya.
Sebagai muslim, kita sentiasa kena ingat; YANG HALAL ITU JELAS, YANG HARAM ITU JUGA JELAS. Dan mencari yang halal itu adalah fardhu buat kita.
No comments:
Post a Comment