our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, August 18, 2014

Boikot.

Assalamualaikum wrt. Hi peeps!!

Sekarang ni sibuk dok kempen boikot barangan Israel dan sekutunya, Amerika. Dalam hati dok doa moga-moga mampu la nak boikot semua Israel's goods ni. Bukan senang sebenarnya nak boikot since kita banyak guna barang buatan dorang dalam hidup sehari-hari. Bila ada kempen macam ni baru kita tahu sebenarnya sangat banyak barangan buatan israel dan amerika dalam pasaran negara kita





Ada satu dua barang yang kadang-kadang aku rasa macam susah sikit nak boikot. Especially barang anak-anak. Macam pampers Maira. Aku tekankan maira sebab dia ada kulit yang sensitive. Memang biasa beli huggies sebab kalau pakai pampers jenama lain habis kulit dia jadi lecet la, ruam la. Macam-macam. Kesian pulak tengok. Tapi since Maira dah besar dan dah pandai cakap nak ke toilet, aku nak try tukar pampers jenama lain. Oh..maira sekarang ni belah malam je pakai pampers..takut terbocor kat tempat tidur.


Yang lain aku rasa so far aku bukan la peminat fanatik even perfume, cosmetik or food product mereka. Bak kata orang, ada OK, takde aku pon OK je.



Nasihat kepada mereka-mereka yang nak memboikot, boikot la pakai akal jangan dok emosi ye. Ni ada macam-macam cerita. Orang yang kerja dekat tempat2 yang jual barangan ni pulak yang kena.Kena ludah la paling banyak aku dengar.



Kita boikot kerana kita peduli. Orang yang tak boikot tu mungkin dia ada alasan dia sendiri. Macam kerja, itu tempat dia cari rezeki. Biar lah dia. Mungkin dia tengahu usaha cari kerja kat tempat lain tapi tak dapat kan. Mana kita tau..Jangan pandang serong dkt orang yg membeli semata-mata kita boikot. Adalah reason diorang tu.

Ni antara barangan Israel dan Amerika. Banyak lagi. Rajin-rajin la google.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...