our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, November 16, 2017

16 Oktober 2017, Incident & Accident. Syafakallah Anakanda.

Assalamualaikum wrt.

Cuti Deepavali baru-baru ni aku balik rumah parent aku, sementelah agak lama juga la tak balik bermalam di sana sebab banyak benda yang tak settle di rumah. Alang-alang dah cuti sekolah tu aku ingat nak balik la lama sikit. Kalau tak cuti sekolah tu, payah sikit ye la anak dah sekolah kan.

Aku dengan semangat la kemas baju banyak-banyak kan. Anak da 3 ni barang pon makin banyak. Car seat aje dah penuh kereta. Hahaha. Aku balik hari Ahad sebab Sabtu nak settle semua kerja rumah aku. Pagi Ahad aku balik, 15 Oktober gitu. Anak-anak aku semua excited nak balik sebab nak tengok anak kucing baru Asu diorang. Ade 5 ekor gitu kan.

Tapi ye la kan, maybe takdir Allah. Kakak which is anak sulung aku tu keesokan harinya (16/10/17) ronda-ronda naik motor dengan aki dia, terlelap atas motor dan kaki dia tersepit in between rantai motor tu dengan tayar. Habis koyak kulit kaki dia sampai nampak tendon Allahu, luluh hati mama.Mujurnya abah aku sedar awal, maka luka kakak setakat di kulit luar je walaupun nampak tendon. Kalau tak, aku pon tak tahu macam mana kakak sekarang. Macam mana kaki dia.

Recovery takes time. Masa mula-mula aku sampai hospital kakak still dalam x ray room. Dia call aku yang dekat emergency pakai hp nurse yang attend dia tu. Menangis-nangis.

"Mama..sakit..mama..kakak takut.."

Berulang-ulang sambil derai tangis dekat hujung talian. Aku rasa nak menangis, sungguh. Aku tahan.

"Tak pe kak. Kakak x ray dulu. X ray tak sakit. Mama ada dekat luar ni. Kejab lagi mama datang dekat kakak ye"

Dia menangis dan terus menangis, menahan sakit aku rasa. Sedih aku dengar. Kakak dah la orang yang cengeng, tak tahan sakit dan mudah menangis. Sakit sikit kena cubit pon menangis bergegar rumah. Ini pulak terkoyak kulit kaki. Allah. Mengucap berulang kali aku. Dalam hati aku berharap tak serius, tak besar dan tak perlu ditahan di wad. Sudahlah husband baru saje sign on, ini pulak yang jadi. Menitis jugak air mata aku. Sungguh sebak rasanya.


Right after the incident @ hospital Jengka.

Aku cuba call husband, tak dapat. Cuba whatssapp pon tak delivered. Allahu. Aku dukung erat2 Hanisah, cari kekuatan. Sematkan dalam hati, aku kuat dan ini ujian kali ni. Untuk kakak, aku dan suami. Aku jumpa doktor dekat emergency, dan doktor explained detail. Kakak kena admit, tapi bukan di Jengka, tapi Temerloh. Dan malam tu, buat kali pertama selepas sekian lama tak drive malam, aku drive ke Temerloh. Di ikuti adik ipar aku dari belakang. Kami follow ambulans. Ayah aku temankan kakak dalam tu sebab aku ada Hanisah yang susah nak ditinggalkan sebab menyusu badan. Dan Hanisah tak boleh naik ambulan sekali. Takut infection.

Aku sampai tak lama lepas ambulan sampai. Hanisah aku titipkan dengan emak aku yang setia ikut dari tadi. Emak dengan baru balik kerjanya, tak makan lagi. Kesian emak. Sudahla cafeteria hospital dah tutup. Emak makan roti je sudahnye. Serba salah aku. Aku nak ajak mak keluar kejab pon susah sebab kakak nak aku je dekat situ. Doktor pon suruh tunggu dulu. Anak aku yang 2 orang lagi ni dah mengantuk. Hanisah dah mengamuk dekat lobi emergency sebab mengantuk. 2, 3 kali aku susukan. Tapi dia memang payah nak tidor kalau bukan dekat tempat tido.

3 hari 3 malam kakak dekat hospital, dan aku tak boleh temankan. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Serba salah. Anak yang baby nak menyusu badan, si sulung di hospital mahukan aku sahaja. Penat tapi kena kuat la jugak, Berulang alik dari hospital ke rumah makcik aku yang paling hampir. Mujur makcik aku ada. Dengan si Hafizee tertinggal baju dekat Jengka. Kesian dia. Aku dalam dok kalut-kalut tercicir beg baju die. Dia dengan sakit mata lagi. Hai la anak.

Nanti aku sambung lagi ye..panjang sangat pulak dah entry ni. Haha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...