our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, March 11, 2008

cintamu itu adalah...

sebelum aku pergi lebih jauh..aku sebelum ini tgk semua orang yang bercinta itu bahagia..from my naive perspective..yes! i really mean it..aku tgk diorang semua bahagia sebab ada seseorang yang diorang boleh bercerita, berkasih-syg, rindu2an (poyo la plak)... so aku teringin sangat2 nk bercinta..its come step by step..but i know that no one is perfect and..this is real world..and this is reality, dan kita hidup dengan berpijak atas bumi yang nyata..bukan semua yang kita inginkan akan kita miliki..dan ketahuilah bahawa bukan semua yang kita ingin miliki itu adalah yang terbaik untuk kita..dan ketahuilah DIA Maha Tahu akan setiap sesesuatu yang baik untuk kita.selaku hambaNYA, kita hanya perlu tunggu dan lihat.. sebenarnya aku terfikir..(dalam hati yg sangat naif)..atas apa yang kawan aku lalui hari ini..sebenarnya aku dah lalui apa yang dia lalui ini..aku turut merasai apa yang dia tanggung..for me..when its over..its mean over! i dont know what they *men* need in their love.

satu masa dahulu aku asyik dengan air mata..serasa macam tak larat nak berdiri..bangun apatah lagi..tapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa..semoga ALLAH membuatkan aku memadamkan segala kenangan yang pahit itu..(its really3 bad experience that i ever had!). aku salute sama kawan aku ni. aku tak mampu nak jadi macam dia..sebab..aku ni sangat lemah bila berhadapan dengan si dia. jadi aku terpaksa menjauhkan diri aku dari dia..walaupun aku tahu, ia sangat sukar..akalku cuba memadamkan namanya, namun hatiku ini tidak sehaluan dengan akalku saat itu. lantas aku panjatkan doaku padaNYA setiap detik, setiap malam..agar lenaku tiada dia..agar mimpiku dapat kuusir dia dari dalamnya..namun..susahnya ALLAH sahaja yang tahu.. saban malam air mataku membasahi pipiku..bantal teman tidurku basah saban malam kerana terlalu banyaknya air mata yang tertumpah..sampai buku2 ilmiah aku jadi kabur dek air mataku yang menitis disitu..

Ya ALLAH, dugaan apakah ini..saat itu, hanya ini yang mampu aku buat..dalam pada masa yg sama, aku terus mendoakan yg terbaik untuk si dia yg pernah melukai hatiku. biarlah ALLAH sahaja yang membalasnya, aku tiada hak untuk itu. aku hanya hambaNYA yang menyayangi salah seorang hambaNYA. dan andai lelaki ini miliku, kembalikanlah dia kepadaku bila tiba masanya..jika dia bukan untukku..maka biarkanlah aku menolak bayangannya jauh ke dada langit..agar aku bisa berbahagia dengan caraku sendiri..kerana aku masih memiliki cintaMU di sini..jauh di dalam hatiku ini...

setelah setahun berlalu..si dia datang mencari aku.walau aku tidak tahu mengapa. sebagai seorang kawan mungkin. Mungkin jua saatnya telah tiba, walau luka itu belumpun sembuh..dan aku sebenarnya belum cukup bersedia untuk berhadapan dengan dia, walaupun jauh di sudut hati aku, aku terpaksa akui, i miss him.. look at him, i know that he have a problem, but he wont tell me what it is.. so, aku biarkan sahaja dia dengan dunianya..sebenarnya aku tidak jangka, dia akn kembali kepadaku..dan aku ingatkan dia sedang berbahagia dengan seseorang yang menyebabkan dia meninggalkan aku dahulu..seseorang yang mennyebabkan dia menyakiti aku dan melukai aku..seseorang yang menyebabkan dia begitu tega melukai hati aku..dan datang kehadapan aku dan menyatakan..awak marahkan saya?..

aku tak terkata apa2..kebal sungguh hatinya..tega sungguh..aku xpernah sanggup melukakan hati orang lain..lebih2 lagi dirinya..mengapa sampai begini dia melukai aku..bila alasan demi alasan dia berikan untuk kembali kesisi aku..aku tidak dapat menerimanya dengan seratus peratus ikhlas..kerana aku tahu..disebalik perpisahan itu ada seseorang yang lain dalam hatinya selain dari aku..mungkin dia ingat aku sudah melupakan semuanya..tidak! tidak walaupun sekali!!and never..cintanya itu memberi aku pengajaran yang sangat pahit..ia mengajar aku supaya jgn terlalu berharap pada seseorang, kerana kita tidak tahu hatinya sejauh mana menyintai dan menyayangi kita..dan bila dia meninggalkan aku, aku jatuh terduduk...aku tidak mahu ia berlaku buat kali ke2..cukuplah..

Aku memberi dia peluang sekali lagi..ini bukan peluang kali ke2..entah yang keberapa kali, aku pun x tahu...dia tahu yang aku cukup menyayangi dirinya..dia tahu yang aku tidak pernah melupakan apa yg dia telah lakukan ke atas aku dahulu..dan jika dia ulangi sekali lagi..aku tak tau nk cakap apa la..i will leave him forever..n never come back to him again..enough is enough...

buat sahabatku, ALLAH akan sentiasa memberi kita peluang, jangan risau..Jika kita kehilangan sesuatu hari ini, ALLAH sebenarnya telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. cuma berDOAlah..dan ur Mr. Right will come to you sOon~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...