our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 22, 2011

Bila kejujuran jadi mainan.

Assalamualaikum.

Entri emo.
Sila tgglkan page ni kalo anda turut teremo mcm sy jugak.



Pagi tadi sj jengok2 kat mukabuku kat geng kapal punye group.
Da jarang jengok muka bku since asyik syok baca isi dlm buku.
Kak Liza ade post 1 entri kst blog geng kapal.
er..kalo nk tgk, klik je banner kat sebelah ni ye..
mls la nk letak link.


Susahkan kita yg hidup mcm ni.
yup, husband jauh.
Orang2 keliling dok mengate.
Alah, biasa la..dorang bukan rasa ape yg kite semua rasa.
Dorang just tau cakap je.
Saya kalau orang lain yg cakap tak elok pasal suami sy..mungkin sy boleh terima lagi.
Tapi bile org yg rapat dgn sy dok mengata ari2.
Mmg sy hangin. Memangg sy bengang!
Dorang tak tau ke perasaan kita ni as a wife pada org kapal yg mane org selalu omong2kan bukan la dari kategori org2 baik bile dorang dok kate itu ini tu?
Punye la susah payah kita nak tanamkan rasa pecaya kat husband kite yg jauh kat mate.
Dorang lg provoke2.
Kadang2 nak je amek cili api kat dlm peti ais tu, kasi tenyeh2 kat mulut org 2.
Kasi dorang tau, mulut dorang tu terlalu pandai bercakap.



Apa salahnye kalau bagi kami ni kata2 semangat.
Bagi nasihat barang sekerat 2 utk kami lalui hidup ni dgn ati yg aman skit?
ini tidakk..



Bile tiada lagi kesetiaan.
Dengar je tajuk tu, bukan bace lg entry kak liza tu..sy da sedih.
Bile sy baca komen anon tu, mmg menitis air mata saya.
Tergamaknya la seorang suami mengkhianati kepercayaan yg istri die beri.
Alangkah hinanya lelaki ini di mata sy.
Mengapa sy ckp mcm ni?

cuba la kamu, wahai lelaki2 peluat sekalian alam bayangkan...
ape yg akan jadi andai kata..isteri anda juga seperti anda?
Jujur itu bukan mainan.
Perkahwinan juga bukan mainan.
Perkahwinan yg kita bina bukan sekadar suka2, sehari 2.
Perkahwinan ni menghubungkan antara 2 hati, 2 jasad, 2 keluarga dan mencipta satu lg keluarga yg baru.
Semua ni perlukan kejujuran & kepercayaan utk sama2 berdiri, kukuhkan ikatan.
Mcm mane anda-para suami- nak mendidik isteri andai kata anda sendiri sudah pon bengkok?
Anda pesan pada istri; jaga maruah, jaga amanah masa ketiadaan anda.
tapi anda pula macam mana?

Bila sy terbaca komen puan anon tu..
mmg tersentap. sy yg terasa lukanya.
Bayangkan kita punye setia tunggu die balik.
Berbulan2 lamenye..
Kadang2 hmpir setahun.
Berusaha jaga amanah die kat sini.
die pulak boleh buat onar dkt luar sana.
die kire 'bini aku jauh, xnampak'
Die tak tau Allah tu Maha Adil, Maha Kaya, Maha Mengasihani.
Die sorok cmne pon, Allah akan buka rahsia tu.
Ingat la..dosa tu akan menghantui anda smpai anda mati.


saya tak faham lelaki.
ye..kadang2 sy xfaham suami sy sendiri.
kenapa diorang sanggup buat begitu?
ape perasaan dorang kalau isteri dorang yg buat cam2 pada dorang?
xke hancur-sehancur-hancurnya hati bile tau pasangan kita curang di belakang kita?
Nauzubillah. minta dijauhkan dari kita semua.


kepada lelaki2 yg bergelar suami.
Seafarer semua terutamanya..

dan kepada suami sy khususnya...

ketahuilah..
dalam sebuah perkahwinan itu,
kejujuran adalah aspek terpenting.
Kepercayaan dan kesetiaan akan datang selepas itu.
Hilang kejujuran, hati isteri akan hancur. Perkahwinan akan lebur.
Jangan ambil risiko. Kesannya bukan hanya pada 2 hati yg pernah berkongsi.
tapi juga pada keluarga, pada anak2.
Apa yg kita semua buat hari ni, kesannya adalah hari esok.


nota kaki: antara suami isteri, pasti ada telepati. yakinlah pada gerak hati, minta petunjuk dari Ilahi, InsyaAllah..semuanya Dia akan tunjukkan pada kita.

1 comment:

shera rahman said...

luruh jantung bile bc entry tuh... hati tiba2 berdebar2..harap pilihan kita adalah yg terbaik...=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...