our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, August 15, 2011

Ramadan 15# Bersediakah Anda Jadi Isteri Pelayar?


Assalamualaikum & Hi semua.



Saya terpanggil nak buat entry ni sebab ada lah seorang adik di facebook tu dalam dilema.
Antara nak atau tak nak memilih pelayar sebagai pasangan hidup.



Itu satu sebab.
Sebab utamanya adalah akhbar Mingguan Malaysia-semalam.
Pernah baca tak ruangan dcck?
Dulu memang ruangan tu letak tajuk dcck-di celah-celah kehidupan
tapi sekarang dah tukar jadi gelora nafsu *tak berapa sesuai kota tajuk ni, balun je lah cik senah oii..*
Klik di sini untuk baca.



Terkejut baca kenyataan dalam paper tu.
Tapi tak boleh dinafikan lah, memang ada kes seperti tu.
Pada saya, si Shery tu tak bersedia nak menghadapi dunia realiti.
Realiti bahawa suami dia seorang pelayar.
Dalam kes dia ni, suami dia pergi belayar bukan lah lama sangat pon. Berminggu-minggu je.
Tak la teruk macam orang kat syarikat MISC ni kan, kan, kan?
Ade yang sampai 7-8bulan tak sign off lagi.
Boleh je kami-kami ni hidup.



Kesepian?
Sunyi tu memang la ada. Kita ni kan manusia biasa.
Syaitan tu memang kerjanya menghasut fikiran-fikiran orang yang dah sedia kusut.
Pesiapan mental paling penting bila bersuamikan pelayar ni.
Kita di darat ni lah yang akan uruskan semuanya.
Bila cakap semuanya tu, termasuklah rumah, segala macam bil, perbelanjaan rumah, anak-anak dan lain-lain lagi.
Setakat ini, belum pernah sekali pon isteri-isteri pelaut yang saya kenal cakap senang nak uruskan semua tu.
Cuma kita perlu lebih open minded. Buka jaringan sosial lebih luas lagi.
Berkongsi dengan orang-orang yang senasib.
Bukan ke hanya yang mengalami akan memahami?
Bukannya kita perlu cari pihak ketiga *yang jelas sengal-takde kaitan kekeluargaan lansung* nak pergi luahkan perasaan yang konon-kononnya kesepian, husband takde la..susah la nak uruskan rumah, dengan anak-anak lagi.
Kalau anda jenis orang yang suka merungut pada orang lain macam ni.
Lupakan lah hasrat anda nak jadi pasangan hidup pelayar tegar.
Takut nanti dah terlajak, dah tak boleh nak undur balik.




.bakawaliku sayang, bawa suami saya elok-elok.



Bagi yang baru-baru nak kenal-kenal, cintan-cintun dengan pelayar ni.
Berkenalanlah sekali dengan kerjaya mereka-mereka ni.
Masukkan sekali dalam list bahawa bila anda dah bergelar suami isteri anda perlu bersedia.


Bersedia kot-kot anda TERbersalin sorang-sorang dekat hospital tanpa ada suami disisi.
Bersedia kalau-kalau anak sakit tengah-tengah malam, husband takde nak drive korang pergi hospital.
Bersedia untuk raya sorang-sorang tanpa suami tiap-tiap tahun. *tahun ni ai merasa u-sobs*
Bersedia untuk segala macam tohmahan-kutukan sopan, keji dan kejam dari manusia sekalian alam.*telinga harus la kebal ye kawan-kawan*
Bersedia dengan perlbagai lagi kemungkinan lain yang tak pernah terfikir dek otak sebelum kawen dengan si dia.



Kita kena berfikiran positive.
Tak nak pun, kena positive jugak.
Fikirlah perkara-perkara yang best-best.
Contohnya:-


Bersyukurlah. -Untung aku ade laki lagi. Kurang-kurangnya aku tau dia akan balik nanti. Cuma lambat sikit je la. Kesian kan pada sape-sape yang kehilangan husband diorang. Husband diorang pergi, tapi dah tak kembali lagi.



Fikirkan aktiviti-aktiviti lepas hubby anda sign off
:- oh, giler heaven. Kali ni boleh la pow hubby shopping barang kat pavilion. Pastu nak gi jalan-jalan cari makan merata Malaysia la. Pergh, best gile babass dapat spend time ngan hubby selama 3 bulan straight tanpa henti. Haha. *ai suker gile part ni.* lagi-lagi wife yang memang surirumah sepenuh masa. Tak payah pening-pening fikir nak isik borang cuti bagai.



Pow laki korang- kan ke dia keje pelayar tegar. Belayar berbulan-bulan gi oversea. Pow la sikit barang-barang oversea.Haha. *ai tak buat ni. SUMPAH. betul kan bangg??*



Berdikari- ni memang tak dapat di nafikanlah. anda akan jadi seorang supermomma & iron women. betul, ai tak tipu. dah semua korang dah uruskan sendiri, macam mane kita tak panggil iron woman? Kira anda akan jadi multitasking person gitu. Semua bende kena tau, dari hal-hal kereta, rumahtangga, anak-anak. haruslah semua tau. kan nak jadi isteri tinggal? hee~



Berdiet- masa ni la nak berdiet wei. Jaga makan minum.Kalau masa husband ada susah sikit kan?



Belajar memasak- ambil masa hubby korang takde tu dengan menajamkan lagi skill memasak. Si dia balik nanti boleh masakan yang best-best untuk dia. Syorga gitu. ^__^



Ok. tu sebahagian je tu.
Banyak lagi perkara positive yang boleh kita fikirkan semasa hubby tak de di darat. Cuma kita je perlu lebih positive.
Ingat pemergian si dia mencari rezeki yang halal.
Tercatat rezeki kita semua di lautan biru. Jangan persoalkan semua itu.
Tapi bersyukurlah.

dan lagi satu- sharing is caring. Ingat, kita semua kan bersama. :)

7 comments:

Ainul Hayat said...

Ye, saya setuju sangat. perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Memanglah isteri pelayar ni hebat. Lagi satu, wanita yg kahwin dengan seafarer ni adalah wanita terpilih.

p/s: Sebab tu saya selalu cube kenali hati isteri/tunang/gf pelayar ni. :)

husna said...

Ramadhan 15... satu kebetulan atau suratan kamu menulis artikel ni...
Yang pasti ramadhan 15 bersamaan 15ogos2011 adalah tarikh di mana saya membuat keputusan untk bersama dgn si dia yg juga seorang pelayar. Bersediakah saya tuk menhadapi hari2 mendatang dgn berjauhan dari si dia...Semoga Allah bg kekuatan kpda sy..dan insyaAllah kpd si dia jg...amin...

Ukhti Isyq said...

sy dah 2 tahun ada relation ngan pelaut ni. tapi kami maseh blm ikat apa2 hbgn lg. sbb sy maseh belajar. trima kasih sbb kongsikan entri ni ye kak. :)

NudraJuliet said...

Asslamualaikum...
Saya sedang explore a little bit about sailor,memandangkan sy tgh berkawan dgn student ALAM,..terima kasih kerana wat entry nie...and absolutely I really3 love to read this...at least sy taw tentang khidupan family pelayar nie :') <3 pada saya,pokok pangkal nya diri sendiri...bila dua hati da sebati,insyaALLAH sejauh mana jasad terpisah hati sentiasa setia..

NudraJuliet said...
This comment has been removed by the author.
NudraJuliet said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Thanks..n sis I agree with u. Myhusband mrine egneer dgn misc tu haa. Dh 2thn kawen. Kami kawen mse hsband kat ALAM lg. Tp slame hsband g belayar..sy ok jer alhamdulillah. Xde la meroyan ke ape ke. Cme sy rajinkan bdoa n mngaji...smoga suami sy tetap imannya..dan selamat walau d mana die berada. Smuanya atas dri sndri..nk buruk ke nk baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...