our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, August 5, 2011

Ramadan 5# Harapan seorang IBU

Assalamualaikum.


Entry di pagi hati, menusuk kalbu sikit.
Anak-anak jangan ada yg terasa ya.
*kenapa anak-anak? eh, ni kan luahan hati mak ni*
Entry ini adalah sekadar luahan hati saya sendiri.


Agaknya apakah harapan seorang emak kepada anaknya?


Supaya anaknya berjaya dalam hidupkah?


Supaya anaknya dapat jadi orang kayakah?


Entah.
Saya sendiri kurang pasti.
Bergantung kepada individu itu sendiri.


Sukar untuk saya sisipkan entry ini.
Entahlah, saya memerlukan ruang untuk berbicara.


Kebelakangan ini emak sering menbangkitkan persoalan; saya tidak mahu bekerjakah?


Bila saya berikan jawapan: Saya memang mahu bekerja. Tapi zaman sekarang ini, sangat susah mencari kerja yg benar-benar sesuai.


Mak akan cakap: Alah, dah awak tu memilih sangat. Tu nak duduk di rumah mengelek anak je kejenye. Sia-sia aku hantar belajar tinggi-tinggi. Last-last duduk kat rumah dok jaga anak je kejenye. Ingatkan hantar belajar tinggi dapat la kerja elok-elok, boleh tolong mak dengan abah ni...bla..bla..bla...


Saya cuma diam. Malas nak mencelah lagi. Cukup-cukuplah. Saya sungguh terasa hati dengan ayat emak itu. Tak perlulah diulang-ulang dua tigapuluh kali. Saya faham niatnya baik. Tapi hati mana tak terasa bila emak sendiri cakap macam tu?


Saya ingat, sejak saya habis belajar macam-macam kerja yg saya dah buat. Saya juga tak suka duduk dirumah goyang kaki bila tengok mak abah saya yg tua tu masih lagi mencari rezeki. Abah dah masuk 63tahun pun tahun ni. Saya faham sangat-sangat.


Kerja pertama saya lepas grad dulu. Saya kerja jadi cashier dgn tujuan nak kumpul duit, nak pergi konvo. Alhamdulillah, konvo tak la mahal sangat. Lepas tu, saya kerja dengan 7E sebagai management trainee. Kerja sekejab sebab orang atas saya yg hired saya tu bertukar tempat lain, orang baru ambil alih, habis kami semua 'dicantasnya'. Takpe, mungkin bukan rezeki saya. Lama saya menganggur. Macam-macam kerja saya mohon. Akhirnya saya dapat kerja pasaraya. Hm..saya asyik kerja dengan pasaraya je. Isk.. Memang susah sangat nak cari kerja zaman sekarang ni. Graduan tak bekerja lagi ramai dari yg bekerja. Dah macam mane? Persaingan jadi sangat sengit. Kerja dengan pasaraya pon, pasaraya lah. Janji kerja. Lama jugak kerja dekat pasaraya tu, sebab ye la..selesa sangat. saya sebagai penolong pengurus, kerja nak kata berat tak jugak. tapi masa bekerja memang lama. Start kerja pukul 9pagi smpai 9 malam. orang bujang boleh la. Lepas tu dapat join job camp. Then dapat la kerja dengan Astro.


Kerja dengan Astro tak de la gempak mane pon. Kerja hari-hari kena caci maki dengan customer. Memang menguji kesabaran. Berhenti sebab saya sakit. Memang berpuluh-puluh kali saya fikir nak berhenti tu sebab saya rasa dah berada hampir pada zon selesa. Gaji Alhamdulillah memang cukup. Setakat nak tanggung hidup seorang kat bandar besar memang takde masalah. Memang boleh sangat hulur kat mak abah setiap bulan. Saya bukanlah lokek sangat kalau saya bekerja. Bukan nak cakap saya ni baik la. Sebab saya rasa semua orang pon lebih kurang macam saya kan, kalau ade rezeki lebih memang nak bagi mak abah punye.


*tak tau la kot2 ade anak durhaka tgh baca luahan hatiku ini.hoho*


Tapi sekarang ni, saya bukan lagi bujang trang-tang-tang. Saya sudah punya suami dan anak. Jadi mereka adalah keutamaan saya sekarang. Bila saya mahu bekerja, sudah pasti saya akab berfikir tentang jaminan. Kerja haruslah fleksibel dengan saya. macam-macam harus kita fikirkan bila dah jadi emak orang ni. Suami saya kerja bukan macam sesetengah mereka. Suami saya kerja jauh. 4,5,6 bulan sekali baru balik. Semua tu saya harus fikirkan. Takkan saya nak kerja tunggang terbalik macam saya ni orang bujang.


Sayangnya.. saya selalu terfikir. Kenapa emak susah nak mengerti perasaan saya. Saya selalu fikikan ini. Berkali-kali dijelaskan pun, emak masih tak berpuas hati. Saya sungguh berkecil hati. Terkadang saya rasa seperti emak tidak ikhlas menyekolahkan saya adik-beradik bila dia berkata-kata macam tu. Saya manusia biasa. Ada hati dan perasaan juga. Dan sekarang saya juga seorang ibu.


Bila saya terpandangkan Maira, saya terfikir. Tidak cukupkah seorang ibu melihat anaknya bahagia?



nota kaki: Anak kita adalah amanah Allah kepada kita. Mereka bukan sekadar amanah, malah ujian buat kita, sebagai ibubapa..Waallua'lam.

1 comment:

nini said...

ya emak kita mahukan yang terbaik buat kita...tapi tulah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...