our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, November 29, 2011

5 Tahun Yang Bermakna.


Assalamualaikum wrt & hi peeps!


Masih belum  sembuh sepenuhnya. Still ade sroot-sroot jugak sikit. Tapi Alhamdulillah dah berkurangan berbanding semalam. Sakit hati masih dibawa sampai hari hubby off nanti boleh? Hehehee. Tak tahu la apa hikmahnya hubby tak dapat off dekat Singapore hari tu. Tadi baru je tahu ade orang yang dapat turun dekat Singapore tempoh hari. Ade 4 orang. Hmm. Yang sekali naik dengan hubby pon ade jugak. Sedih je tengok laki orang turun dulu.


Ok. fikir positive. Secara minda positif, saya rasa hubby saya seorang pekerja yang rajin. Sebab tu la captain sayaaannnng sangat nak bagi die turun. Ok. Memang dia rajin pon. Sebab rajin je tolong orang buat kerja. Hahaha. Takpe kan aku puji husband aku kan?? Ok, up sikit lagi. Dah la kacak bergaya, handsome setengah mati, rajin pulak tu tolong aku buat keje rumah, jaga anak dan etc-etc.. Wah.. suami mithali. Keh3. Sila percaya sambil hentak-hentak kepala ke dinding.



Tanda Cinta


Siapa  rajin baca blog cap ayam kampung aku ni, pasti selalu tengok ticker atas post ni kan. Yup dah 5 tahun 2 hari kau. Tak sangka je. Eh, bukan 5 tahun kawen. Kawen baru setahun lebih nak. Huhu. Mengenang 5 tahun yang penuh cerita suka duka ni rasa macam nak menitis air mata. Eh, abang, abang ingat tak tarikh ni???  Tarikh penerimaan semula. Err..rujuk kembali setelah 2 tahun terpisah. Err..sesuai ke perkataan terpisah tu sebab walaupun tak bercinta tapi kitorang jumpe jugak sesekali sesekala. Ah. Belasah.


Nak kata senang bercinta dengan hubby tak jugak. Banyakkk sangat dugaan. Lepas satu, satu yang datang. Macam-macam bentuk. Bukan takat menangis, berhingus bagai la kekdahnya. Masa happy ada, tapi masa menangis pon banyak sampai tak terkira. Bila ingat semula memang menitis la air mata. Ada yang sampai tak sanggup nak dikenang semula. Kalau boleh nak biar je jadi sejarah.


Tapi..Alhamdulillah. Dah ada sorang anak pon sekarang. Seriously memang macam tak percaya dah kawen, and dah ada sorang budak comel kiut miut dengan aku sekarang ni. Syukur sangat-sangat. Mohon Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurganya. Amin.

Sesungguhnya 5 tahun ni sangat berharga untuk dikenang. Tiap detik penuh kenangan, dan sejarahnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...