our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, November 16, 2011

Kalau Mengantuk tu, tido aje lah!


Assalamualaikum wrt & hi peeps! 


Lately banyak betul la perangai baru si kenit ni. Makin lama makin banyak akal dia. Terbaru dia sudah pandai menyembur air liur. Wah, hebat sekali semburan kamu maira. Basah muka mama kena tempias. Hoho. Semakin kurang tidur. Kebanyakan masa nak bermain. Al maklum saje si kenit ni baru pandai duduk dan mengensot dengan lajunya. Nampak ada ala-ala nak merangkak juga tapi naik je punggung tapi lepas tu jatuh semula sebab berat kot? Huhu.




Ni gambar pagi tadi. Nak tido sangat-sangat sampai tak nak meniarap dah. Nak baring je. Mata kemain bulat bebeno. Bagi je mainan kat dia. Main terus lupa nak tido. Sambil main sambil bertempik sebab mengantuk. Lastly angkut bawak masuk buaian. Enjut tak sampai 5 minit dah padam. Tu lah. Malam mama suruh tido awal tak mau. Nak tengok tv macam orang tua konon.









Ni dah masam dah muka. Mulut tak berhenti menjerit-jeritan nak tido. Tapi main tetap main. Oh anak, tido je la. Gigih jugak tu nak main. 



 muka dah macam nak terberak sudah.



ma, nak tido.eh, nak mamam dulu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...