our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, November 7, 2011

Tahniah Kepada Mereka-Mereka Yang Telah Berkorban!

Assalamualaikum & hi peeps! 


Selamat Hari Raya Qurban semua! Maaf Zahir dan Batin. Uh-hu. Lambat ai ucapkan selamat ye? Alah, masih hari raya lagi kan. Kira ok la tu. Perkara kecik, jangan di besar-besarkan. Kan? kan? kan? Hihii~


Kepada mereka-mereka yang berkorban hari ni, tahniah ye kamu semua. Aku tak de rezeki lebih nak buat korban.Aku ambil daging korban yang orang bagi je tau. Maktam aku berkorban jugak ari ni, so ade la dia bagi daging sikit. Sikit tu tak tau la banyak mane kan sebab aku tak timbang. Siap ade tulang lembu lagi. Dah on the way jadi sup pon tulang tu. Huhu.


Hari ni jugak, ade seorang lelaki yang sedang berkorban jiwa raga, berpenat lelah menelefon aku dari atas kapal Bakawali. Aishewah. Mesti la husband ai yang hensem, kacak bergaya lagi gojes itu. Keh-keh-keh. Sape nak muntah sila pegi jauh-jauh. Wuu..lame betul hubby tak call aku rasanya. Really miss the tired voice. Dengan suara yang kemalasan, kepenatan, dan macam-macam ke lagi hubby tetap call aku. 3 kali u!!


Kenapa 3 kali? sebab 2 kali aku tak angkat. Kali ke 3 baru angkat. Tu pon lepas aku tersedar henpon berbunyi kemain nyaring dalam beg. Aku dah la tengah pegang pisau mendedeh dodol sedap. Terus tercampak pisau tu nak angkat telefon punye pasal. Semua orang terkejut tengok aku baling pisau. Haha. Mane tak terkejut, aku baling sikit lagi nak kena tok aku dowh. Gile cucu derhaka kan? Haha.


Aku memang tak expect hubby call. Ye lah, hubby sibuk dengan kerja. Time kerja pon die call aku. Oh, terharu di situ. Dekat atas kapal baru pukul 5 pagi. Kat Malaysia dah pukul 12 tengahari. Hubby dah masuk kawasan Timur. Jadi jarak masa takde la jauh macam masa dia dekat US dulu. So, aku kan pelupa. Selalu tanya hubby mende yang sama 2-3 kali. Kah-kah-kah. Hubby sile jangan bosan ye.


Aku yakin, few of wives of officer and engineer as well tengah counting days bila la Bakawali nak sampai Singapore kan? Well ade lagi 19 hari. Hey u guys!! Husband ai dah nak balik lagi 19 hari lagi. Tu pon kalau dapat la kan? Heharap dapat la hubby off kat singapore ni. Really hope so.


Eh, aku ade cerita umpatan sikit. Tapi next entry la kot.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...