our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, January 28, 2012

Grolier - Pendidikan awal untuk kanak-kanak.


Assalamualaikum wrt & hi peeps!


Yup, kembali bersiaran hari ini. Hari ni masuk hari ke 3 incik hubby tiada di rumah. 2 hari ke KL, ambil set test untuk promotion. Hamik kau, susah ye soklan dia, abang? Keh-keh-keh. Tu la..orang suruh study sombong. Baru tau soklan bapak kepada susah payah. Mujur lulus. Tahniah hubby kusayang. Hewhewhew~  Oh ye, tak lupa jugak tahniah kepada teman seperjuangan menjawab set test hubby, incik Duan. Hewhewheww~ 


Attention to all mommas and poppas sekalian alam!! ai nak kongsi something ni. Mende alah ni kami jumpa dekat la 3 minggu sudah. Tapi tak teringat nak post dekat sini. Tadi dok belek-belek mende alah ni time mendodoikan maira, baru teringat nak tulis dekat sini.


Gambar terbalik pulak Redha je lah ye. dah. ni yang 1st DVD ngan book dia.


Ada sape-sape pernah dengar tak Grolier ni? Ke aku je yang ketinggalan zaman? Huhu.whatever la. Nak kongsi jugak. Grolier ni macam satu pendidikan awal untuk anak-anak kita. Pendidikan bahasa Inggeris sejak dari dalam perut lagi tau. Boleh diamalkan sejak baby dalam kandungan berusia 4 bulan.
Tapi disebabkan aku dan hubby jumpe bende ni lambat, iaitu time maira dah 10 bulan..maka orang tu cakap dah dikategorikan agak lewat. Takpe, anak aku bukan besar dalam masa 24jam. Hahaha.


Pakej dia datang dalam bentuk DVD dan buku. Dalam DVD tu akan ajar kanak-kanak bahasa inggeris dengan efisyen. Pada aku efisyen la sebab semua yang diajarkan dalam DVD tu berbentuk kartun. Well, budak kan suka kartun. Kartun dari disney lagi kau. Siap ade nyanyi-nyanyi, teka-teki la..suruh repeat semula ape yang DVD tu sebut la.


Buku pulak serius memang banyak nak mampos. Tapi aku baru bukak satu tapi maira dah siap koyakan. Huhuhu..haru kau. Baru beli dah rabak. So, buat masa ni aku simpan dulu buku-buku tu. Nanti dia dah bijaksana untuk tidak mengoyakkan buku baru boleh bagi baca. Ni pantang nampak orang pegang buku semua nak dikoyaknya. Sabo je la.


Buku pon sangat menarik. Buku tu kita la yang kena bacakan untuk anak kita. Tapi dia ada kasi teknik macam mana nak kasi budak cepat belajar. Macam-macam la ada dalam satu pakej ni. Harga dia fifi fauzi fuhyoh la ye mak. Riban-riban for sure. Exact amount aku tak tau sebab hubby yang bayarkan. But bayar secara ansuran la. Kalau tak silap aku satu pakej ni harga dia dalam 2k plus-plus. Tapi bayar bulan-bulan murahan ajew. Tak sampai seratus pon. Depend on downpayment la nak bayar berapa banyak.


Aku jumpe Grolier ni dekat ECM -east cost mall, Kuantan.So far sangat berpuas hati la dengan service dia. Kalau korang rasa nak anak-anak cepat pandai cakap omputih, boleh la beli mende alah ni. Kalau nak tanya aku personally pon boleh.


Ok la. Nanti aku update lagi. Tata~

1 comment:

Unknown said...

sudah beli jugaks..karton dier lame..pastu mcm repeat benda yg same jerk..maybe bagus untuk kengkanak..rase cam baby tv n disney juniour lagi better new cartoon..bleh x mak dier malas nak pasang kat anak..rugi kan..i'm bad mama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...