our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, January 26, 2012

Maira 10 months


Assalamualaikum wrt & hi peeps! 


Lama tak bersiaran kan? hihi. Tak kemana-mana. Di rumah saje. Cuma mood agak ke laut sedikit untuk update belog. Maklum saje la hubby ade kat rumah la katakan. *sambil mata jeling kiri kanan*





Well. Maira sudah pon lebih 10 bulan. Banyak betul kemahiran baru ni nampaknya. Tetiba proud because have her. Keh-keh-keh, Sila jangan muntah hijau.


Ok, last entry ari tu kan dah cerita dia tak mau kat papa dia kan? Tapi sekarang ni Alhamdulillah dah ok. But its take almost 1 month lah jugak nak ok dengan papa dia. Hubby sampai dah garu kepala apasal la dengan budak ini. Hubby dah terlepas tengok zaman worst ever maira tak nak dekat orang. 





Sekarang maira dah pandai berdiri menyusur adan, cakap orang tua. Cakap orang muda aku tak tau ape. Haha. Selain itu die sudah sangat laju merangkak. Ini semua kerana sejak hubby ada die sangat takutkan hubby dan asyik cari mama je. Pantang nampak mama, laju je dia merangkak. Hihihii. Tapi sekarang ni dah ok dengan papa die. Alhamdulillah.











Solid food memang dah makan. Makan tak banyak tapi kena kerap sikit la. Takde la kerap mana jugak. Dalam 3 kali sehari. Pastu in between tu kalau kita makan, bagi la jugak dekat dia. Dia suka tengok orang makan. Pastu kucap-kucap mulut dia. Aduhai kesian. Nak bagikan, takut pedas la pulak.


Lepas tu die suka buat memek muka. Aku pon tak tau die ikut sape. Ikut aku kah? Mungkin kah?? Macam-macam memek muka dah pandai. Paling tak boleh blah time konon-konon nak mengadu dekat mama dia, sambil pejam-pejam mata, mulut muncung dengan hidung-hidung sekali ada gaya tu.




Sekarang ni sangat hebat menyembur. Ok fine. Ini belajar dari papa dia. Boleh pulak 2 beranak tu main sembur menyembur air liur. Aku kadang sampai naik geli la kena kat aku. Hahaha.


Sekarang maira in the progress bercerai susu. Mungkin jugak sebab susu badan aku ni tak sebanyak susu ibu-ibu yang lain. Sob-sob-sob. Malam sekarang ni dah tido asing dengan mama. Kadang-kadang je tidur sekali. Bukan ape, bila tidur sekali die nak susu badan je. Kesian sungguh.




Rasanya tu aje kot setakat ni. Nanti kalau ade lagi boleh update lagi kan. Hihihi..


Ok, sekarang ai nak buat ucapan dekat hubby ai.


Abang, semalam birthday abang. Tapi takde hadiah. Jangan marah ye. Jangan majuk juga. Ingatkan nak la beli kek sebiji. Haramnya tak jadi.Takpe la ye. Kesian abang. Tapi still i wish u semoga dipanjangkan umur dan dipermurahkan rezeki. Semoga dapat baby lagi. Eh? hehehee. Bukan dalam masa terdekat ni la ye. Hak sorang ni pon sayang dah pening pusing jaga die. Asyik la menangis aje. 

Dan sayang harapkan semoga jodoh kita kekal hingga ke syurgaNya. Amin. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...