our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, March 31, 2012

Mood ke laut. Harap maklumat.




Assalamualaikum wrt & hello peeps.

Entah la kenapa..Kepala ni asyik pening je 2-3 hari ni. Ada salah makan agaknya. Atau sakit lama kot..Malas betul la nak gi Hospital. Bulan 5 nak kena ke hospital lagi. Aku jugak yang pusing nak letak Humaira dekat mana. Nak letak dekat rumah sekejab boleh la. Kalau lama-lama mau bengkak bapak aku mejaga dia. Di bantai menangis kang, dengan bapak aku menangis sekali kang.. tak ke naya je..


Seriously mood aku ni memang tengah ke laut sangat-sangat. Dah tiga hari hubby tak de. Nampakya aku belum recover sepenuhnya. Maybe sebab aku tau hubby belum naik kapal lagi. *ye ke?* Ok. itu alasan je. Mungkin ada skru yang tercabut. Ya, mungkin jugak aku tak berapa nak sihat. Maira juga. Jadi pening kepala mudah datang secara tiba-tiba. Alasan lagi kot?


Aku rasa macam ada banyak mende nak cerita. Tapi buat seminggu dua ni sila la baca luahan hati orang yang tengah berduka lara ni ye. Kalau ada yang sudi la. Entahkan takde. Haha. Peduli ape aku.


Entah la kenapa. Kali ni hubby pergi aku terasa sangat. Reason? Aku tak tahu. Aku pon tertanya-tanya kenapa? Mungkin sebab hubby cuti lama sangat kali ni. Habis cuti hubby kali ni baru dia naik kapal. Biasa-biasa tu tak sampai habis cuti dia tu.

Kali ni rasa rindu sangat. Pelik betul la. Hopefully dia baik-baik saja dekat sana.


Mana pun abang pergi..
Siapa pun abang jumpa..
Apa pun abang buat..
Sayang tetap akan doakan yang terbaik untuk abang..

wish you can get back as soon as possible to us.
we love u soo much. 
there's no word can describe it. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...