our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, April 26, 2012

Being a seafarer wife.

Assalamualaikum wrt & hi peeps!

Mak Jemah-Joyah-Minah sekalian alam. Eh, eh!! Pak Mejah pon ade? Huehehee. Entry kali ini mungkin agak panas sikit. Sila sediakan kipas sendiri. Kalau rasa ingin lebih sejuk sikit lagi, boleh pasang aircond. Hahaa. Ok. Aku gurau je mak Bedah. Jangan la marah. Hihihii~

Nak kata isu tu, tak la sangat kan. Nak kata tak isu tu..isu la jugak kot? Aku pon tak tau la nak kategorikan mende alah ni dalam bahagian mana. Alah..nanti dah abis baca faham la korang.

Ramai orang keliling cakap...

" Best la kau. Husband kau keje kapal. Mesti banyak duit kan. Balik nanti duit berkepuk-kepuk."

" Orang keje kapal mesti kaya kan? Maklum la..gaji mahal. Lain la macam aku ni.." 

and so on- so on lagi la statement tah hape-hape. Kadang-kadang seriously rasa macam nak brainwash je manusia macam ni. Sebab aku tak nampak tang mana hak kayanya aku ni. Ke dorang nampak aku drive BMW 5series? atau dorang nampak aku balik rumah banglo 5 tingkat dekat atas bukit tepi pantai? Ke dorang nampak aku tiap-tiap bulan pegi shopping dekat Habibah Jewel? Atau juga mungkin pakaian aku terlalu branded kot?

Tapi rasa-rasa aku takde la pulak. Aku drive viva je kot. Yang tukang cakap tu pulak bawak Lancer. Nampaknya harga Viva dah mencanak naik atau harga Lancer dah menjunam jatuh? Confuse kejab. Eh, ke fius otak aku tercabut?

Pada aku, ini adalah pemikiran cetek mereka-mereka yang baru nak berkenal-kenalan dengan Encik Pelaut. Diorang ingat buah hati diorang gaji banyak sangat ke sampai tiap-tiap bulan boleh shopping barang sampai nak habis satu shopping complex dia borong.

Masa bercinta boleh la nak shopping jam Gucci, beg Prada, cermin mata Reben, sebab si pelaut memang takde komitmen. Or maybe ada tapi tak banyak sangat. Tapi bila dah berumah bertangga tiang seri tegak berlima. Dari berdua jadi bertiga. Dari bertiga jadi berempat. Dari berempat jangan ko pulak hak merempat. Haa..sudah! Haaa..meh sini aku buat check list sikit. Harap dapat membantu Mak Jemah buat kira-kira ye bila dah jadi macam si joyah ni. Hahahaa..

Monthly salary hubby ai berapa ek? Eh..korang kata banyak kan. Maksudnye korang tau la tu kan. Perkara pertama yang akan dideduct dari akaun secara auto adalah segala macam hutang piutang termasuk la loan kete, rumah, parents, insurance dan lain-lain loan. Ini serius! Banyak sungguh hutangan tau!! Kalau dikira-kira hutang tu almost separuh gaji dah mengalir mengalahkan air terjun. Sob-sob-sob. 

Itu belum masuk bab belanja pampers anak, susu anak, pakaian anak. Lagi budak memang cepat membesar, kejab je baju beli dah tak padan. Kena beli baju baru. Semua nak kena duit. Buntang mata mama ni tau tengok duit cepatttt je susut. Takdenye aku nak bershopping baju baru, handbag baru bila hubby gaji.

Inilah realiti. Makin besar gaji seseorang, semakin besar komitmen dia. Tambah lagi bila dah kawen. Ada mulut-mulut yang nak disuap. Sesungguhnya, aku nak belanja apa-apa fikir panjang sangat. Bukan ape, si pelaut kita kerja susah payah tengah laut, kita kat darat ni sesedap rasa mi segera je shopping sakan. Sedangkan pelaut tu berhempas pulas bersabung nyawa sebab nak cari duit.

Lagi satu, aku rasa sikap show off ni tak patut ade. Bukan aje mengundang perasaan dengki dan jaki orang lain dekat kita. But, ada jugak mata-mata hak dok peratiii je kita buat ape. Pastu ada plan lain. Faham-faham sendiri la. Dah ade yang jadi mangsa. Well dah ramai dah aku dengar. Kawan makan kawan. Mana dorang tau korang banyak duit?

TUUUUU..KAT DALAM FB, BLOG MACAM-MACAM KO UPLOAD. MACAM-MACAM KO CITE.

Dah, salah siapa bila nasi dah jadi bubur? Kita mungkin la tak berniat apa-apa. Tapi ketahuilah bukan semua orang tu ada perasaan tulus, tumpang bersyukur dengan apa yang kita ada. So. Hati-hati la.

K. dah siap membebel. Bye.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...