our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, May 13, 2012

Bekerja vs surirumah sepenuh masa.


Assalamualaikum wrt & hi peeps!

Aku rasa ramai yang macam aku kan. Selesa jadi surirumah sepenuh masa. Ya, betul tu. Memang selesa. But lately aku rasa pandangan aku ada berubah sikit. Mungkin ugak faktor persekitaran dan jugak persoalan orang sekeliling. Juga mungkin sebab dah pernah merasa bekerja. Tapi setiap yang kita buat ada pro and cons dia kan.

Firstly aku tengok husband aku kerja macam nak mampos. Kesian jugak. Tapi sebab tak nampak tak pe la. Hahaha. Aku dengar pon kesian. Orang lain aku tak tau la pulak kan. Lately aku rasa macam syarikat hubby macam ade masalah. Ramai orang yang kena buang kerja sebab bisnes lingkup. Semua kapal liner dah kena jual. Seaman bahagian liner dah kena buang kerja. Mujur husband aku naik chemical. Kalau liner jugak, sadaqallahul-azim..Wuwuwu..

See how scary world can be kalau kita sebagai wifey dia tak da backup plan. Aku duduk berhari-hari berfikir pasal kerja since hubby sign on kali ni. Aku rasa aku kena move on untuk cari kerja. In case kalau jadi apa-apa dekat kerja hubby sekarang ni. Aku ada back up dia kan? Memang kalau aku kerja sekalipun gaji tak akan setinggi gaji hubby, at least tak kebulur la kan. Hutang settle, perut tak kosong.

2nd things is job as a life insurance. Kenapa? Hidup mati, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Hari ni kita bahagia esok lusa belum tahu lagi kan? Mari lah kita beramai-ramai sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan dulu, kita dah basah kuyup dah tak guna kan? Sejuk dingin beku gitu.

3rd things is its our money. Yes. Some said having a job is one of self satisfaction and also be your identity. Betul. Adalah satu kepuasan untuk dapat pegang duit sendiri setelah penat bekerja bertungkus lumus, memerah keringat walaupun duduk dalam aircond. Huhuhu. Dan duit itu boleh dibelanjakan sesuka ati kehendak perut juga. Mean bukan lah untuk membazir. Macam sekarang ni aku tak kerja, hubby yang bagi duit. Dan disebabkan duit dia, aku tak sanggup nak belanja lelebih sebab rasa macam satu penyeksaan membelanjakan duit orang tanpa rasa bersalah. Exception untuk makan minum. Pakaian pon aku berkira nak belanja. Aku takut terlebih sudu dari kuah. Dia bekerja, aku tukang abiskan. Sekali dengar macam pisau cukur pon ade. T-T



TAPI...




bukan lah satu masalah untuk anda menjadi surirumah tangga sepenuh masa SEANDAINYA suami anda mampu dan TAK MAHU ANDA BEKERJA. Dah dia mampu..tiap-tiap bulan kau boleh sopeng riban-riban, duit belanja dapur lain cerita. Anak-anak pengasuh ada tolong jagakan. Wah! ini heaven. Hahaha. Seriously, jadi surirumah sepenuh masa adalah sangat heaven. Setiap masa kita yang jagakan anak kita. Makan pakai die terjaga. Yang penting tangan kita sendiri yang mendidik dan mengasuh dia.

Masa untuk family sahaja. Nak kemana-mana memang tak de masalah lansung. Surirumah sepenuh masa la katakan. Nak melancong. nak bercuti. Nak balik kampung. Pendek kata kalau nak berjalan-jalan memang takde masalah. Cakap je.

Kalau kita ada hobi. Memang best. For example suka masak. Tiap-tiap hari ada je menu baru jengah dapur. For those yang suka menjahit tu, memang tak perlu la nak hanta upah dekat  orang. Untuk family sendiri je tolong jahitkan. Mudah kan. Duduk dekat rumah ada lebih banyak masa compared to those yang bekerja.

Apa pon setiap keputusan tu ada pro and cons dia. Kita dah dewasa untuk menilainya.

Happy reading.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...