our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, August 7, 2012

Maira & Doktor

Assalamualaikum wrt. Hi peeps!

Dah nak masuk ke malam 10 terakhir ramadan dah kita kan? Hari ni dah puasa ke 18. Alahaii..cepat sangat masa berlalu. Kejab je kita dah nak sampai ke hujung ramadan. Entah tahun depan panjang umur ke tak..boleh ke tak jumpa ramadan lagi? InsyaAllah kalau dipanjangkan umur kan?

Bercerita tentang humaira. Maira demam, berjangkit dengan mak aku. Aduhai kasihan sungguh. Emak yang dah tua pon tak larat nak buat ape bila demam, inikan pulak si kenit. Kesian sangat. Semalam she keep on vomit je. Kesian sungguh. Habis baju semua kena muntah. Salin je muntah. Pastu nangis-nangis. Ye la, perut kosong muntah lagi. Asal masuk je apa-apa muntah lagi. Makan ubat pon muntah juga. Sedih mama tengok kamu nak.

Bangun je pagi -sebenarnya takde la pagi sangat pon. Aku pelik apasal la maira tak bangun-bangun lagi. Biasa time ni dia dah bangun. Sekali aku rasa dia demam. Terus siap bawak pegi klinik. Sekali semua klinik dekat jengka ni cuti nuzul quran. Aduh la. Confirm ada satu je klinik yang buka.Well, klinik ni memang, orang tutup dia bukak. Yup, senang nak cari duit kan tanpa persaingan.

Maira tak berapa serasi dengan klinik ni. Berapa kali pergi pon jarang boleh baik terus. Kadang sampai 2-3 kali berulang ke klinik. Susah gak la kan walaupun ni klinik panel. Nak tak nak pegi jugak la. Aku malu jugak kalau nak lari pegi emergency room sebab anak aku demam. Huhuhu..

Tapi the service from the doc is too bad to describe here. Walhal tu klinik dia kot. Aku punya beria explain panjang lebar kat dia kan. At least bagi la tau something yang boleh kasik hati aku ni relax sikit kan? Ni tidak. Dia cakap OK.  OK. OK. oh, hell. Aku tak suka betul cara doktor macam ni. Macam takde mulut nak kasik explanation kat aku pasal ape anak aku jadi gini.

Aku dah cakap anak aku refuse nak makan, nak minum and keep on vomit. Die boleh cakap OK. lepas tu dia suruh ambil ubat. I don't even think this is a health consultant. Rasa macam aku cakap dengan robot yang di design khusus untuk check on patient yang sakit. No emotion at all. Adui la. sekarang baru aku bertambah faham apasal as a customer service, kite kena bercakap menggunakan kuasa emosi dan emphati. Its so crucial to our customer to be comfortable with us. Well..at least kita boleh gali sebanyak mana maklumat yang sepatutnya kita tau. Bukan setakat apa yang kita nampak dan dengar sahaja.

Kadang-kadang patient terlupa others symptom just because diorang lebih tertumpu pada apa yang jelas dan teruk pada mata mereka. But as a professional bukan ke itu tugas diorang untuk cari maklumat tu. Sebab tu aku lebih suka pergi jumpe doktor chinese or indian je. Diorang lebih pandai korek maklumat dan tahu apa yang patut dan tak patut di buat. Ye, memang bukan semua doktor melayu macam tu. Tapi kebanyakan yang aku jumpa inila peelnye. Gila annoying nak mampus.

Maira sampai sekarang pon still demam lagi. Agaknye aku kena gi klinik lain kot..Or just lari ke ER je?? hmm..

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...