our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, August 4, 2012

Salam Takziah.

Assalamualaikum wrt. Hi peeps! 

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Dalam bulan ramadan yang mulia pulak tu, semoga mereka ditempatkan bersama para syuhada. InsyaAllah.

Pertamanya salam takziah buat kaum keluarga, sahabat andai mereka yang terbabit dengan tragedi MT Bunga Alpinia 3. Setelah berhari-hari mencari, jasad terakhir yang hilang telah dijumpai. Lebih kurang 3 hari selepas kejadian. Alfatihah buat mereka ynag telah pergi.

Sebahagian daripada mangsa yang terkorban. Al fatihah buat pejuang ini yang berjuang mencari rezeki halal buat keluarga yang menanti di kampung halaman.

Keduanya salam takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah Siti Noredayu Roselan yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di sekitar KL kelmarin. Ayu ni kawan seangkatan semasa belajar dekat Sekolah teknik muadzam shah (SMTMS). Masa tengok berita tu memang tak kenal. Ye la maybe sebab tak rapat kan. Aku ni jenis yang payah nak rapat dengan orang. Aku tau pon dari fb kawan-kawan sekolah.

Meninggal sebab tersepit dekat celah 2 bas. Husband and wife meninggal serentak. Arwah ayu ni tengah mengandung 7 bulan. Tak terbayang sakitnya kena himpit dengan 2 biji bas sekolah tu. Nauzubillah. Kesian pada anak tunggal dia adik Mohd Hanif. Jadi yatim piatu sekelip mata. Rasa nak menitis tengok gambar anak kecil die. Sedih sangat. Apa la yang budak tu tau erti kematian pada umur 2tahun. Klik sini untuk cerita lanjut.

Buat semua, sempena bulan ramadan ni, dan kedatangan syawal yang dah tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi ni. Berhati-hati la di jalan raya. Hormat pemandu dan penunggang motosikal yang lain kalau anda tak sayang nyawa sendiri. Masih ada mulut-mulut yang perlu disuap. Masih ada hati-hati yang menanti kepulangan mereka di lebaran ini.

Salam ramadan buat semua. Al fatihah buat yang telah pergi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...