our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, October 31, 2013

Bantal untuk ibu-ibu preggy (MaternityPillow)

Assalamualaikum wrt. Hi peeps!! 

Pregnant kali ni aku ada macam-macam masalah. Salah satunya sakit belakang yang tak ada sudahnya since 2 months old and it up untill now. Sungguh la seksa perasaannya sakit belakang. Sakitnya mencucuk-cucuk tulang pinggang aku. Aku sendiri pon tak pasti sebab apa sakit pinggang ni menjadi-jadi sangat, 

Last check up hari tu, aku refer dekat doctor apasal sakit pinggang aku ni tak mahu berhenti. Ok la. aku mengaku early of this pregnancy aku ade jatuh terduduk akibat tergelincir. Dan before bersalinkan maira dulu pun aku ada jatuh, terduduk. Sakit pinggang jadi lepas bersalin, tapi habis pantang, sakit pinggang aku tu dah ok. La ni jadi semula. dan sakitnya tak tau nak digambarkan macam mana. Allah je la yang tahu. 

Aku banyak refer dekat internet macam mana nak kurangkan sakit belakang time preggy, dan ini adalah antara cadangan ramai. Maternity pillow. Nampak menarik. Itu satu, aku dah tak tahan menanggung sakit pinggang ni. Itu yang utamanya. 

Aku survey lagi mencari yang murah dan ada kualiti. Most of the website yang offer ni rata-rata harga nye dalam RM200 dan keatas. Akhirnya aku ketemu sama Sofea Suhaimi  di facebook. Harga yang dia offer memang jauh lebih murah. Paling murah dalam survey aku pernah jumpa. RM165. Ini bagus.

 

Ini bantal yang aku order, sampai tenghari tadi. Alhamdulillah. Gambar kredit to facebook puan Sofea Suhaimi. Aku order Ahad lepas. Dia cakap disebabkan ianya adalah handmade, maka untuk jahit satu bantal ini ambil masa 4 hari. OK. aku expect akan sampai paling awal hari Jumaat. But hei, hari ni baru hari khamis, tapi bantal dah sampai. Aku bagi 5 star la dekat die punya service. Memang sangat memuaskan hati. 

Maternity pillow ni sangat la berguna ok. Lagi pulak sekarang ni aku tak berapa boleh nak baring atas lantai, berkeriuk-keriuk tulang pinggang aku berbunyi. Sakit sangat. Alhamdulillah sangat bantal ni sampai awal. Thanks to sofea suhaimi. Akak suka sangat bantal ni. 

Tak lupa juga dekat hubby terchenta sebab approved budget untuk maternity pillow ni. Sangat melegakan belakang isterimu yang selalu sangat sakit kebelakangan ni. Huhuhu..kalau order satu lagi boleh dak? Isteri dengan puteri sulung sedang berebut bantal nan sebutir ni. Hahahahaa..:D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...