our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, December 8, 2013

Banjir..usah dipolitikan.

Assalamualaikum wrt. Hi peeps! 

8th Disember 2013. Banjir mula surut di sesetengah tempat. Hari ni dekat kawasan perumahan aku duduk ni tak hujan walaupun tak panas jugak.Tapi, Alhamdulillah. Sadly said, paras air sungai semantan yang berhampiran naik la pulak. Air dekat kampung tempat family in law makin naik.

Bulan march hari tu dah sekali banjir. Aku rasa aku ada post pasal humaira demam dan banjir tetiba. Tengku mahkota pahang turun padang. Bantuan banjir memang sampai, tapinya ianya sampai selepas banjir. Kami kira nasib baik lagi la sebab rumah tak kena air banjir. Cuma terputus hubungan untuk beberapa hari.Dan ada sikit preparation sebelum banjir.

Emak dan abah kalau tengok hujan tak berhenti-henti sampai 2-3 hari, diorang akan beli stok makanan as a preparation kalau banjir sebab selalu terputus hubungan kalau banjr. Rumah tak naik air, tapi nak keluar tak boleh, terkepung dek banjir.

Sejak banjir ni, kami rakyat negeri pahang selalu check keadaan semasa through internet dekat mana air naik, dekat mana  banjir, dekat mana air pasang besar dan macam-macam la untuk info yang pantas. Kira kalau air naik dekat kawasan rumah, siap sedia la pindah barang, pack barang yang penting. At least boleh kurangkan total lost kan. Nak menahan banjir tu memang tak dapat la. Dah kuasa Allah. Kita usaha la mana yang patut.

2-3 hari ni banyak post related banjir ni aku tengok dipolitikan. Macam-macam. Sampaikan bantuan yang disalurkan beri ikut parti politik. Apa punya hal aku pun tak tahu. Saat orang semua susah, saat ni masih nak berpolitik? Orang bertarung dengan nyawa masih ada orang yang tanya, awak ni parti mana? Aiyoo..tak faham aku! Kenapa la jadi macam ni? Teruk betul mentaliti orang malaysia ni rupanya.

Aku bukan la pro mana-mana pihak. Tapi aku rasa benda ni macam tak logik sangat-sangat. Kita kalau nak menolong biarlah kerana Allah, bukan sebab parti politik. Ya, hari ni hari mereka, esok lusa mana tahu hari kita? Sokong la apa parti pon, tapi atas dasar kemanusiaan kita hulurkan sumbangan dan bantuan.

Menitis air mata aku bila dengar ada anak kecil dekat penempatan banjir yang lambat sampai bantuan makanan sampai sanggup selongkar tong sampah sebab kelaparan. Sedih. Aku dok bayangkan anak aku je kat situ. Ye la, kalau perut dah lapar, makanan yang ditunggu tak kunjung tiba, alternatif lain? cari la sisa makanan yang mungkin ada.

Itu belum cerita pasal bekalan air bersih yang takde,elektrik takde, bantuan lambat sampai, ada manusia-manusia yang tak berhati perut sanggup ambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Time ni la kita boleh nampak siapa yang betul-betul kita boleh percaya, siapa yang tidak. Siapa yang ikhlas nak tolong kita, atau ada udang disebalik batu.

Entah la. Tapi banjir kali ni memang teruk betul. Unexpected sangat-sangat. Kalau dianggarkan kerugian semua mangsa banjir kali ni tah berapa juta la ye..Apapun aku doakan semoga semuanya kembali pulih seperti sedia kala secepat mungkin. Mungkin juga Allah beri ujian ini supaya nak kita semua sedar dan kembali semula pada Dia..

2 comments:

kemey said...

betol tu..berpolitik xkena tempat dan tak matang.

Mrs. Mazlan said...

kan? nampak sgt tah ape2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...