our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, January 1, 2015

Bah 2014.

Assalamualaikumwrt. Hi peeps.

Long time not write here. Rindu. Tapi tak tahu nak tulis ape. Dan tak ade kelapangan juga nak menulis. Kali ni nak bercerita tentang banjir tahun ini. Sungguh luarbiasa. Bagaikan alam memuntahkan kemarahannya diatas kerja-kerja tangan-tangan manusia yang merosakannya.

Aku di kawasan Temerloh-Mentakab. Dan sangat bernasib baik walaupun air naik bagaikan empangan pecah, rumah sewa yang kami duduki ini masih tidak ampuh dek air. Alhamdulillah. Tapi kawasan rumah dan kampung in law terkepung dek banjir. Memang air naik terlalu cepat kali ni.

Aku naik ke kawasan rumah aku (rumah ni atas bukit) belah paginye, petang tu air dah naik ke rumah-rumah di kawasan kampung2 di bawah bukit. Cepat sangat. Mujurnya sebab abah (pak mentua) dah prepare barang makan takut banjir sebab hujan turun mencurah-curah dan tanpa henti. Kalaupun berhenti, hanya sekejab.

Malam itu, keesokan harinya terus kawasan Temerloh naik air. Melepasi paras bahaya. Banyak evacuation centre di buka. Dan ramai juga yang teperangkap, bergelap, bekalan mkanan habis dan tak tahu nak mintak tolong di mana.

Ade yg duduk dalam kebun getah, atas bukit dan sebagainya. Sedih sangat.Rumah family dekat Jengka walaupun tak ampuh dek air, tapi semua jalan ke Jengka ditutup sepenuhnya. LPT tenngelam. Pertama kali dalam sejarah sejak pembukaannya.

Rumah di kampung tempat tok dan aki berteduh sekarang ni air naik sekampung. Sekampung pindah. Kesian ke Tok. Dia dah la tak sihat. Hantar ke hospital tp takde tempat, takde bekalan air.. Pihak hospital suruh balik. Nak ke pusat pemindahan bukan kerja sbab tok ni tak nampak, lepas tu nak ke mana2 pon tak daya. Sudahnya duduk di rumah saudara di bandar Jerantut dgn air takde. Sabarlah.

Ini semua ujian Allah.Tahun ni memang banyak Allah timpakan musibah pada bumi Malaysia.  Kenapa? Kerana kita banyak sangat buat DOSA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...