our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, March 15, 2008

..andai ini mahuNYA,,

Salam alaik buat semua pelawat2 blog aku nih...ha~ Semalam janji nak citer pasal ikan pacu plak kan...so ikan pacu atau nama saintifiknya adalah Colossomum macropamum. local people call it as bawal sungai. ada yg cakap ikan pacu ni adalah adik-beradik dengan pirana. tapi, tak tahu la betul ke tidak. tapi gigi dia betul macam gigi orang..tapi ikan pacu ni boleh buat masak..kari..hahahaaa~ aku sebenarnya tak gemar sgt kari, mungkin sebab rasa dia kuat sangat kot..banyak lagi la masak ikan pacu ni (lecturer aku yg cakap la).. ramai orang suka makan dow..aku xpernah rasa lagi la takat ni.. ikan pacu ni pun first time aku dengar.. actually my lecturer suh kitorang cari pasal ikan ni..menarik plak bila baca lama2..heheheee~gigi ikan ni macam gigi orang tau..hu, gile nye tajam..besifat omnivor... sebenarnya ade kes pasal si pacu ni..ade la sorang pakcik nelayan ni kene gigit ngan ikan pacu ni kat sungai pahang. so this case dah sampai ke atas..sampai ke Jabatan Perikanan..tapi malangnya..jabatan perikanan kata spesis ni xmerbahaya, persoalannya betul ke binatang ni xmerbahaya? atau x makan ikan2 lain dalam sungai 2? ni la persoalan yg timbul sekarang ni. kebanyakn anak2 ikan lain (esp yg endangered species) macam kelah, talapia dan sebagainya.. ikan pacu ni jugak hidup dalam kawasan air tawar yg mempunyai pH diantara 4.0-7.0..dan ia berasal daripada sungai amazon.. tp kat sana orang panggil Tambaqui..kenapa? aku pun xtau la.. selain dari nama2 ni, ikan pacu ni dikenali sebagai black pacu dekat Europe.. aku mls nk letak gamba die kat cni..korang try la cari kat tenet ekk~ lalalaaa~~hahaaaaaa~ sekarang ni assgment aku adalah berkenaan dengan apa solution yg patut kita amik untuk banteras ikan ni dari berleluasa dalam kawasan sungai Pahang...ikan pacu ni bagaikan pendatang tanpa izin yang menceroboh masuk rumah orang dan bunuh tuan rumah tu..lebih kurang la..(betul ke??) belasah laa~ dan sesape yg nk bagi free solution kat aku..dipersilakan..leave ur msg 2 me..igt..jgn lupe..

now, i would like to introduce you with my ill..it's name Cholostaetoma.. kalau aku xsilap la..mungkin orang kurang familiar dgn nama ni..nama kampungnya adalah ketumbuhan dalam telinga.ia boleh mengakibatkan barah otak sekiranya ia tidak dirawat dengan cepat. ketumbuhan membesat mengikut orang. kalau ikut masa aku, lama la.. aku sakit sejak tahun 2002. dan aku dibedah masa tahun 2005. pendengaran aku memang jadi lemah sesangat after that operation. so, bila ade orang cakap aku ni pekak badak..memang terasa la..honestly memang sedih sangat..sometimes rasa pressure yg sangat2..rasa rendah diri..rasa macam nk terajang2 orang tu..and nk je aku cakap kat die..ape ko ingat ko tu sempurna sangat ke?? hahaaa~ tapi mulut aku ni xde la jahat sampai tahap gaban gitu... apa2 pn aku dah pun jadi semacam sound trouble sikit.for those yg xtau tu, mmg la diorang ingat aku ni sombong..pekak.. and apa2 je la..aku xkisah sangat la..lantak ko la ko nk pk ape..sekarang ni aku still wat follow up check up..takut kalau2 ketumbuhan tu ada balik. actually aku dah buat 2 kali operation..first time aku wat major operation. side effect die..mmg la xdengar langsung mula2 tu. tapi sekrang ni dah ok sikit la.cuma aku kena amalkan pantang..kena cuci telinga ikut macm yg doktor cakap.kalau x aku kena wat lagi operation tu..(xmau aku kene bedah dah)..sakit oiii~ aku xmakan nasik sebulan lebih..sengsara giler la..kene makan bubur jer..bubur ngan kicap jer..aku xleh nk mengunyah...kepala berdenyut semacam jer..naik kete pn rasa cam nk tercabut je telinga..huhuuu~well..aku cuti smpai sebulan gak la sepanjang satu sem tu..dah la first sem kat universiti..takut oii..tapi Alhamdulillah, kawan2 aku banyak tolong aku catch-up balik apa yg aku tertinggal.aku xdapat nk score dalam satu mata pelajran.sbb subject tu mmg kene turun site.aku yg xgi site ni xtau ape2 la pasal pokok2 yg dia ajar tu..sedih betul..(T_T)..mungin bukan rezeki aku kot... kepada korang2 semua kat luar sana..aku nasihatkan korang, jagalah kesihatan panca indera yg ALLAH dah bagi pada korang dgn baik2..korang akan rasa betapa berharganya sesuatu tu bila korang dah kehilangannya..

~ADIOS~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...