our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, October 22, 2011

Perempuan Rosak kerana Lelaki Rosak


Assalamualaikum & hai semua
.

2 hari sembunyi. Ade sape-sape rindu tak? Haha. bajet retis la tu. Actually semalam balik rumah in law sebab ada kenduri doa selamat lepas asar. So balik rumah dah malam. Eh, mesti la berteman. Dengan ayahanda terchenta. Muahehee. Tujuan kenduri doa selamat adalah doa semoga Allah permudahkan perjalanan mereka hari ni ke Kedah. Uncle Ngah Maira nak bertunang esok.




Uncle Ngah! Maira, Papa & Mama say Congratz coz dah jadi tunangan orang tau! 





 



Berbalik pada tajuk. Rasanya masih fresh dari ladang cerita bayi dikelar hidup-hidup sampai terburai perut oleh ibu sendiri kan? Tak sampai seminggu lagi berita tu ye dop? Tahniah la ye kepada mak budak berkenaan sebab berjaya tempah tiket ke tali gantung-hukuman jenayah sesyen 302 (b). Wah! siap ada kanun lagi tu. Gilos ah. Dah lama gilos tinggal buku law tau. tapi aku ingat lagi. huhu~


Betapa kebalnya hati seorang manusia, lebih-lebih lagi seorang ibu yang bersusah payah bawak perut 9 bulan 10 hari, then tahan sakit bersalin sengsorang. Tetiba lepas keluar baby tu, terus kelar hidup-hidup sebab geram sama family si boyfriend sebab tak nak terima baby tu. HELL SUNGGUH!!! aku sungguh emo ok baca berita ni dekat paper.


Bila jadi kes macam ni, semua pihak dok berbunyi. Memang kejam apa yang that girl buat pada baby dia. Tapi cuba kita fikir, siapa yang jadikan dia kejam? Lelaki a.k.a si boyafriend tu. Sebab si family lelaki tu taknak terima baby tu. Sedikit sebanyak jari aku ni menuding FAMILY LELAKI itu. Eh, apasal polis tak tangkap family lelaki tu? Gila bangsat mendidik anak kau menjadi lelaki tak bertanggungjawab gitu.


Orang selalu cakap, mendidik anak perempuan ni lebih susah dari menjaga lembu sekandang kan? tapi takde pulak orang cakap menjaga anak lelaki tu lebih senang dari menjaga kambing seekor kan? Pada pendapat aku la kan, perempuan rosak disebabkan lelaki rosak. Betul atau tidak? Cuba fikir ye.


Kalau mak ayah mampu mendidik anak lelaki sebagai insan terbaik. Khalifah serba boleh, pandai agama, solat tak tinggal, filem klik 3gp lansung tak tengok, perempuan lalu sebelah pon dia tunduk pandang lantai, bila bercakap dengan bukan mahram dia tunduk je. Korang rasa, wujud ke istilah buang anak, bunuh anak, campak anak, and bla-bla-bla. Tak kan wujud tau masalah macam ni kalau lelaki-lelaki seantero malaya ni semua macam ni.


Semua orang tau, lelaki ini nafsu dia 1, tapi akal dia 9. Tapi yang 9 tu selalu kalah dengan yang 1 tu. Sebab ape? sebab nafsu lelaki ni ganas macam kuda. Ni ustaz masa aku kat matrix la cakap kan. aku ulang je. Kuda kan susah nak kawal kalau dia mengamuk. Ha, sampai macam tu sekali la perumpamaan ustaz tu kasi. Memang terbaek la.


Kenapa aku cakap perempuan rosak sebab lelaki rosak? Lelaki ini pemimpin. Dia memimpin perempuan. Bila pemimpin rosak, anak-anak buah akan jadi elok ke? Cuba tengok dalam kes ni, berpunca dari penerimaan keluarga lelaki tu kan? Kenapa keluarga lelaki tu taknak terima? Well, sebab disini la advantangenya anak lelaki. Lelaki tukang tabur je benih tu, hak membawaknya perempuan kan? Yang tanggung malunya perempuan jugak. Yang orang keliling tau beranak tu perempuan jugak. Kalau lelaki tak nak mengaku sape tau ye tak? Yang orang dok mengata pon perempuan jugak. Ade orang nak mengata lelaki? ade? Boleh bilang dengan jari! silap haribulan langsung takde!


Si ayah kepada lelaki. Pemimpin kepada bakal pemimpin. Nak mengaku silap sendiri pon tak nak. Gagal mendidik bakal pemimpin menjadi pemimpin. Serius kes ni sebenarnya. Inilah bukti keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat Melayu kita. Kenapa aku cakap melayu?  cuba tengok berita-semua bayi yang kena buang tu MELAYU!!! malu sungguh rasanya. Orang kafir pon tak buat macam yang orang kita buat. Buat malu nama ISLAM yang kau pegang sejak dari lahir tu je. Lepas satu dosa, satu dosa kau buat.


By the way, jutaan tahniah kepada Datuk Shahrizat sebab coming with this solution. Which si lelaki itu harus lah ditangkap sekali. Sejujurnya dia harus dihukum sekali. Oh, paling tidak sebat 100x  depan orang awam- pratis hudud. Sebagai pengajaran kepada bakal-bakal pendosa supaya mereka bangkit dan sedar diri. Jangan buat dosa. Balasannya begini!


Ok la. Terima kasih pada yang sudi baca entry ini. Tata~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...