Assalamualaikum wrt. Hi peeps!
Hati ni rasa sayu semacam aje. Sayu sangat. Entah apa la sebabnya. Rasa nak menangis. Semalaman tak dapat tidur lena. Terjaga setiap jam. Banyak perkara dalam kepala. Memerah otak agar semuanya keluar satu persatu, walhal tak mahu fikirkan pun. Ada perkara yang kurang elok berlaku disekitar keluarga kami. Mungkin ini ujian dariNya. Mungkin juga sebagai penghapus dosa-dosa semalam.
Ya Allah, kuatkan hati kami semua untuk terus kuat bersatu. Jauhkan kami semua dari hasad dengki manusia keji.
Hati jadi kurang tenteram. Asyik terfikir-fikir, mungkinkah aku semakin jauh dariNya. Ya Allah, jika benar ini, maka kembalikan aku kepada jalanMu agar tidak tersasar lagi. Kuatkan aku untuk ujian ini.
Wahai hati, kuatlah. Wahai jiwa, bersabarlah. Masih mencuba mencari jalan keluarnya, semoga Allah tunjukan apa yang terbaik buat kami sekeluarga. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi.
No comments:
Post a Comment