our endless love

Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, October 23, 2011

Kisah Sedih Bulan October.


Assalamualaikum & hi peeps! 


Adoi la. Sungguh la lemau nak update blog lately. Ye la, dengan si kenit tak berapa nak sihat, tekanan emosi. Eh? hehe. Takpe. Mostly recover sudah. Si Maira Alhamdulillah nampak lebih sihat dari seminggu yang lalu. Seminggu yang lalu sungguh lembik bagi nasik dilenyek-lenyek. So, 2 kali pegi klinik. Ade la 2-3 jenis ubat dapat-semua kena telan. Kesian. Nasib tak bertukar jadi kaler hijau time makan ubat. Huhu.Dan hari semalam syukur Alhamdulillah, she's fully recover.


Hubby delay di San Lorenzo, Argentina. Uh-ho. My! setelah beberapa lama tak dengar suara macho hubby akhirnya semalam dapat dengar. Little bit sedih la, hubby not felling well. Hmm..Pray for him so that he'll get well soon. InsyaAllah. Amin. Oh, masih berbaki sebulan plus-plus di atas Bakawali. Mintak-mintak la hubby boleh balik bila sampai singapore nanti. Amin-Amin-Amin! Miss him terribly!


Kelmarin, ada seorang ahli geng kapal meninggal dunia. Nor Azmi. Meninggal akibat kemalangan di hadapan rumah. Al fatihah buat arwah dan sekalung takziah buat keluarga, isteri dan anak tunggal beliau. Moga tabah menghadapi hidup selepas ini.


Berita sebelum kematian Nor Azmi- seorang ahli geng kapal jugak, dirompak oleh kawan sendiri-dibelasah separuh mati *maybe diorang ingat budak ini dah mati kot* dan di campak kedalam longkang! Polis jumpa budak ini pada hari berikutnya di dalam longkang dalam keadaan berlumuran darah. Terdapat pendarahan dalam kepala dan terpaksa di bedah. Oh, HELL! kesian sungguh budak ini.


Kisahnya budak ni nak sign on kapal, tapi tak sampai ke kapal. Kapten terus buat report ke office mention this guy takde report diri sign on. Office sungguh la cergas terus buat laporan polis. 2 thumbs up untuk MISC staffs! Kalau bukan kerana diorang mungkin budak ni masih belum dijumpai. Ini kes kawan makan kawan ok. To all seafarer, please berhati-hati pilih kawan. Biasalah, time senang, duit berkepuk yang tak pernah kenal pon mengaku sedara kan? Time susah, adik beradik pon boleh lari jauh. Haktuih buat orang cenggini.


Ape-ape pon. Oktober sudah menghampiri kehujungnya. Harap takde lagi la cerita yang tak sedap didengar di telinga selepas ini. Amin.


1 comment:

❤Mrs. Myra❤ said...

Oktober yang penuh dengan kesedihan ...

Semoga bulan seterusnya membawa berita gembira ...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...